BACHOK, 23 November 2020 – Karnival Penyelidikan & Inovasi (eCRI 2020) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menyaksikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya membawa pulang 3 Emas, 4 perak, 6 Gangsa dan termasuk 1 Best Award. Best Award tersebut diraih dari kategori Social Science Teaching Innovation (SSTI) bagi produk Global Wakaf Game (GWG) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Azman Ab. Rahman

Karnival Penyelidikan & Inovasi (eCRI 2020) yang bermula secara dalam talian dari 1 hingga 20 November 2020 menyaksikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai penganjur dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang memberi keizinan bagi pihak-pihak sekolah menyertai karnival ini. Terdapat 265 penyertaan produk penyelidikan dan inovasi dari Penyelidik UMK sendiri, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, dan penyertaan pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Kelainan edisi eCRI 2020 tahun ini adalah kerana mempunyai 6 kluster yang dipertandingkan yang terdiri daripada Digital Technology Electronic & IoT’s, Food Tech & Agriculture Technology, Chemical Advanced Material & Plastic, Biotechnology Medical Device, Pharmaceutical, and Health, Machinery & Equipment dan Social Science & Teaching Innovation. Matlamat utama program tahunan ini adalah mengalakkan penyelidikan & inovasi berterusan ke arah pengkomersialan, Membudayakan penyelidikan berinovasi dan memberi impak tinggi pada masyarakat setempat dan seterusnya matlamat program, adalah sebagai aktiviti tahunan pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) kepada penyelidik UMK sendiri serta pelajar sekolah.

USIM telah menghantar sebanyak 13 produk berpotensi tinggi yang telah disaring melalui kriteria penilaian tertentu. Tiga produk lain yang memenangi emas ialah Global Wakaf Game (GWG) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Azman Ab. Rahman, Quality- Cardiopulmonary Resuscitation Training (Q-CaT) Kit to be Utilised in Community Training of CPR yang diketua oleh Prof Madya Dr Mohd Azmani Bin Sahar dan Gifted Module yang diketua oleh penyelidik Amnah Zanariah Binti Abd Razak.

Empat produk USIM yang memenangi pingat Perak ialah Model Pembentukan Bahasa Isyarat (BIM) Islam, Formula of Journalistic Writing Model, Depolymerization Of Polyehtlene Terephthalate (Pet) From 3d Printed Waste Via Thermal and Alkaline Hydrolysis dan Noni’s Adventure: The Development Of An Online Mathematics Game For Primary School Students.

Selain itu, enam produk lain USIM yang memenangi Gangsa ialah Model Pengajaran dan Pembelajaran Qiraat Sepuluh atas talian, Alhijaei V1, Saringan – Iot Based Wireless Temperature Monitoring Device And System, Exploring Gifted Students As Trendsetter To Intensify, Physics For Weak Students Through 3d Printing Kits Module, The Use Of Cassette-Based Braille Written Al-Quran To Assist The Blinds dan Integration Of Winged Termites And Cellulose For The Formation Of Biodegradable Plastic

Majlis Penutup & Penyampaian Anugerah dibuat secara dalam talian melalui FB Live (UMK Official) pada 23 November 2020 yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’. Ts Dr Noor Azizi Bin Ismail, Naib Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Disediakan oleh:

Siti Hana Sarbini
Penolong Pendaftar Kanan
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi