IBTIKAR USIM | BIL. 4
I Bil 4 I Jun 2015 10 d. Seksyen 47. Kuasa Jawatankuasa fatwa untuk menyediakan fatwa. e. Seksyen 48. Tatacara pembuatan fatwa . f. Seksyen 49. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat . g. Seksyen 50. Pindaan , ubahsuaian atau pembatalan fatwa. h. Seksyen 51. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional . i. Seksyen 52. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan . j. Seksyen 53. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa. j. Seksyen 54. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti . Contoh Fatwa Negeri / Selangor: Fatwa yang diwartakan (tarikh warta 31 Julai 2014): a. Fatwa menggunakan DNA untuk menentukan status nasab anak. b. Fatwa pemikiran liberalisme dan pluralisme agama. c. Fatwa menangani persoalan bid’ah dalam masalah ikhtilaf/khilaf perkara furu’. INFAD dan Khidmat Rundingan Berkaitan Syariah / Fatwa INFAD adalah singkatan kepada Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia yang merupakan satu-satunya pusat penyelidikan berasaskan fatwa di Malaysia. Ia adalah salah satu Pusat Kecemerlangan Akademik (Centre of Excellence – CoE) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). INFAD berperanan menjalankan kajian yang berkaitan ajaran sesat, fatwa dan zakat/muamalat, fatwa dan sains/perubatan, fatwa dan undang-undang dan sebagainya. Kecemerlangan INFAD dalam penyelidikan berasaskan fatwa mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak khususnya jabatan-jabatan mufti negeri dan Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM yang banyak memberikan geran-geran penyelidikan untuk dijalankan oleh INFAD. Selain itu, penyelidik-penyelidik INFAD turut diberi kepercayaan menyampaikan khidmat rundingan, ceramah dan latihan berkaitan fatwa. Pencapaian ini menjadi bukti kecemerlangan INFAD dalam mengarusperdanakan penyelidikan fatwa di Malaysia selaras dengan dasar penggabungan ilmu Naqli dan Aqli yang digagaskan oleh USIM. BERITA UTAMA
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=