IBTIKAR USIM | BIL. 4
13 Buletin Penyelidikan dan Inovasi USIM GERAN KURSI FELO UTAMA KAJIAN FATWA Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bersetuju membiayai penubuhan Kursi Felo Utama Kajian Fatwa di INFAD, USIM dengan peruntukan dana sebanyak RM500,000.00. Penubuhan kursi ini bagi memantapkan aktiviti penyelidikan seterusnya meningkatkan kefahaman masyarakat di negara ini dan di Negeri Sembilan khususnya berkaitan fatwa dan hukum. Sehubungan itu, pihak pengurusan USIM telah melantik Sheikh Muhammad Muhammad Awwamah sebagai Penyandang Kursi Felo Utama Kajian Fatwa INFAD untuk tempoh 1 tahun berkuatkuasa 1 Mei 2015 hingga 30 April 2016. Penubuhan kursi ini diharap dapat memantapkan lagi peranan dan hala tuju INFAD menjadi pusat penyelidikan dan rujukan fatwa di peringkat tempatan dan antarabangsa. KURSI FELO UTAMA KAJIAN FATWA INFAD GERAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA INFAD 2015 Tahun 2015 memahat sejarah apabila julung kali INFAD berjaya memperoleh Geran Penyelidikan Antarabangsa. Geran antarabangsa ini diperoleh hasil Kajian Kolaborasi antara pihak Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan USIM yang diterajui oleh INFAD bagi menjalankan penyelidikan bertajuk “Penilaian Semula Kaedah Penentuan Haid di Malaysia dan Brunei”. Melalui kolaborasi ini, pihak UNISSA bersetuju memperuntukkan dana berjumlah BND 20,946.70 untuk kedua-dua pihak menjalankan penyelidikan untuk tempoh 1 tahun bermula 1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2016. Kejayaan INFAD memperoleh geran antarabangsa ini amat bermakna kerana ia merupakan satu pengiktirafan dan kepercayaan antarabangsa terhadap kepakaran dan kemampuan INFAD dalam memartabatkan penyelidikan berkaitan fatwa dan hukum. BENGKEL PEMBANGUNAN JURNAL ONLINE INFAD JUMLAH DANA : RM500,000.00 INFAD Sepang, 20 – 21 Januari 2015 – INFAD mensasarkan untuk menerbitkan dua Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa INFAD setahun supaya memenuhi syarat dan kriteria jurnal berindeks oleh pihak SCOPUS dan ISI. Bagi memastikan pengurusan artikel lebih berkesan, INFAD telah mengadakan Bengkel Pembangunan Jurnal Online INFAD untuk membangunkan Jurnal INFAD secara atas talian. Jurnal atas talian ini memberi kemudahan kepada INFAD untuk mengurus penerbitan dengan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=