IBTIKAR USIM | BIL. 4

I Bil 4 I Jun 2015 14 lebih mantap dan tersusun, mempromosi dan menggalakkan para penyelidik dan ahli akademik untuk menyumbang artikel dengan lebih mudah dan menjimatkan. Ia juga memberi kemudahan kepada para pewasit untuk menilai artikel. Ia juga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan jurnal INFAD, menjimatkan kos dan menjana pendapatan. Nilai, 17 Februari 2015 – Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) meneruskan aktiviti penyebaran ilmu, fatwa dan hukum melalui penganjuran Bicara Faqih INFAD. Kali ini INFAD menjemput YBhg. Dr. Muhyiddin Muhammad `Awwamah. Tajuk yang disampaikan adalah “Al-Mizj Bayn Tariqat al-Mashikhiat wa-Tariqat al-Akadimiah fi Sinaat Tholab al-Ilm”. Beliau yang kini menetap di Arab Saudi, seorang tokoh yang memiliki kemahiran dan kepakaran luas dalam bidang fatwa dan hukum khususnya dalam Mazhab Hanafi. Ditambah pula dengan kelebihan mempunyai tiga ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam tiga bidang iaitu Fiqh, Usul Fiqh dan Hadith. Beliau juga merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Muhammad `Awwamah, seorang tokoh dan ilmuwan terkenal yang merupakan penyandang Kursi Felo Utama Kajian Fatwa INFAD. BICARA FAQIH INFAD SIRI 8 INFAD

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=