IBTIKAR USIM | BIL. 4
15 Buletin Penyelidikan dan Inovasi USIM Yogyakarta, 24 April 2015 – INFAD dengan kerjasama Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) telah mengadakan Muzakarah Fatwa ASEAN. Muzakarah ini dihadiri oleh pihak Majelis Ulama’ Indonesia (MUI), Majelis Tarjih Muhammadiyah, Bahsul Masail Nahdatul Ulama Indonesia (NUI), Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) serta beberapa institusi fatwa yang lain. Muzakarah ini dianjurkan MUZAKARAH FATWA ASEAN sempena penganjuran International Conference on Islamic Economics and Financial Inclusion (ICIEFI) yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. KH. Muhammad Sirajuddin Syamsuddin, Ketua Umum Majelis Ulama’ Indonesia. Beliau amat menyokong kerjasama ini dan mencadangkan supaya kedua-dua pihak bekerjasama menganjurkan satu muzakarah atau seminar fatwa peringkat ASEAN yang bukan sahaja membincangkan isu-isu kefatwaan bahkan permasalahan global yang sedang berlaku di dunia ketika ini. INFAD
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=