IBTIKAR USIM | BIL. 4
21 Buletin Penyelidikan dan Inovasi USIM PERASMIAN USIM’S ENVIRONMENTAL AWARENESS AND SUSTAINABILITY CAMPAIGN (USIMBIOSIS) 2015 PIJIM Nilai, 7 Mei 2015 – Sekretariat Alam Sekitar USIM yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Awangku Abdul Rahman Hj. Awangku Yussuf telah berjaya melancarkan program USIM’s Environmental Awareness and Sustainability Campaign (USIMBIOSIS) iaitu sebuah kempen kelestarian dan kesedaran alam sekitar di kampus USIM, Nilai, Negeri Sembilan. Seramai 500 orang peserta terdiri daripada pelajar dan staf USIM turut bersama menjayakan majlis ini. Bertemakan moto “Living Together” majlis ini berlangsung di Dewan Kuliah Pelajar 3 dan dirasmikan oleh Naib Canselor USIM iaitu Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad. Turut serta dalam perasmian ini ialah Dato’ Azlam Shah Alias, Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Korporat Tesco Malaysia. Antara aktiviti lain dalam majlis ini adalah acara menanam 50 anak pokok hasil sumbangan Tesco Malaysia yang melibatkan ahli Jawatakuasa Pengurusan Universiti USIM. Antara objektif majlis ini dijalankan bersempena dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk menggalakkan usaha langkah-langkah penjimatan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan staf dan pelajar USIM. Majlis ini penting bagi menunjukkan USIM sudah mula mengorak langkah ke arah membina kesedaran dan kelestarian alam sekitar yang berterusan dari semasa ke semasa. Dalam tempoh 15 tahun penubuhan USIM, usaha untuk menjaga alam sekitar akan dipacu menjadi salah satu teras utama dalam rangka falsafah Naqli dan Aqli yang diterajui oleh USIM demi membina masyarakat Islam yang efektif dan berketerampilan. Oleh: Ahmad Suffiyan Abu Hasan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=