IBTIKAR USIM | BIL. 4
25 Buletin Penyelidikan dan Inovasi USIM Nilai, 29 April 2015 - Isu penyalahgunaan dadah merupakan satu fenomena yang tidak asing lagi dalam negara kita mahupun di seluruh dunia. Sehingga kini, kita masih belum berjaya untuk menjumpai penyelesaian bagi menangani dan membanteras penyalahgunaan dadah. Kini negara digemparkan dengan penggunaan dadah jenis sintetik atau dadah baharu yang boleh mengakibatkan kematian jika disalahguna. Oleh itu pihak Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan DadahAsia (ACREDA) bersama pelajar Program Fleksi Diploma Pascasiswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/ Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) SPADA sesi 2014/2015 dan dibantu oleh pelajar Sarjana Kaunseling Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) mengambil inisiatif menganjurkan Program Kampus Bebas Dadah USIM 2015 pada 28 – 29 April 2015 bertempat di Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) USIM. Program Kampus Bebas Dadah USIM 2015 dianjurkan bertujuan untuk berkongsi idea dan ilmu berkaitan dengan isu penyalahgunaan dadah pada masa kini dan program pendidikan dalam penyalahgunaan dadah di peringkat USIM. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Azizan Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan program telah dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi universiti dan seluruh warga USIM. Program ini turut dianjurkan bersempena dengan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan yang telah jatuh pada 19 Februari setiap tahun. Program ini telah berjaya menarik minat para pelajar dan seluruh warga USIM untuk memainkan peranan bagi mencegah dan membanteras penyalahgunaan dadah di kalangan rakan- rakan, keluarga dan masyarakat. Sepanjang program berlangsung, turut diadakan ialah ceramah oleh pihak Persatuan Pengasih ACREDA PROGRAM KAMPUS BEBAS DADAH USIM 2015 KUPAS ISU DADAH MASA KINI Oleh: Khairunnisa Ismail
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=