IBTIKAR USIM | BIL. 4
I Bil 4 I Jun 2015 26 ACREDA Para pelajar telah melawat ke beberapa pusat yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah di Auckland seperti Centre for Addiction Research (CFAR) University of Auckland, Community Alcohol and Drug Services (CADS) dan The Drug Detection Agency (TTDA). Sesi pertukaran idea dan percambahan ilmu turut berlangsung sepanjang lawatan bagi memastikan semua pelajar dapat memahami isu dan kaedah pencegahan dadah serta program harm reduction yang diaplikasikan oleh kerajaan New Zealand dalam menangani masalah penagihan dadah di kalangan masyarakat. Program pengantarabangsaan ini amat memberi manfaat kepada para pelajar daripada segi peningkatan pengetahuan dan pengalaman yang jarang dapat dikongsi. Lawatan ini juga merupakan platform untuk memperkasakan ilmu rawatan dan pemulihan dalam penyalahgunaan dadah apabila pelajar telah mula berkhidmat dalam organisasi setelah tamat pengajian kelak. Malaysia dan Imam Muda, pameran narkotik daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pameran daripada pihak Jabatan Penjara Malaysia dan Malaysia Drug Free Youth Association (DFYA) serta persembahan oleh Unit Anjing Pengesan (K9), PDRM. Program ini merupakan salah satu usaha pihak ACREDA dalam membangkitkan kesedaran warga USIM untuk membanteras penyalahgunaan dadah sekali gus menerajui pembangunan manusia di peringkat universiti, negara dan juga global. SPADA USIM LEBAR JARINGAN ANTARABANGSA KE AUCKLAND Auckland, 20 Februari 2015 - Pihak Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) bersama pelajar Program Fleksi Diploma Pascasiswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/ Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) SPADA sesi akademik 2013/2014 telah menganjurkan program pengantarabangsaan serta lawatan akademik dan teknikal ke Auckland, New Zealand. Program yang telah berlangsung selama lapan hari tersebut telah berjaya memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar mengenai modaliti rawatan dan pemulihan penagihan dadah yang digunakan di pusat-pusat pemulihan di sekitar New Zealand. Program ini merupakan inisiatif pihak ACREDA dalam memberi peluang kepada siswazah untuk membuat kajian dan perbandingan modaliti rawatan dan pemulihan penagihan dadah di negara luar. Selain itu, lawatan ini memberi pendedahan kepada siswazah tentang isu penyalahgunaan dadah serta memahami usaha negara luar bagi membantu dalam memberi rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah. Program ini telah disertai oleh 13 orang pelajar Program Fleksi SPADA dan diiringi oleh Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Pengarah ACREDA.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=