IBTIKAR USIM | BIL. 4
27 Buletin Penyelidikan dan Inovasi USIM Seramai 121 orang alumni SPADA USIM dan UMS telah menghadiri bengkel ini dan terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Penjara Malaysia (JPM). Panel jemputan bengkel terdiri daripada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abd Halim Mohd Hussin, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Pengarah ACREDA dan Dr. Puteri Hayati Megat Ahmad, Penyelaras Program SPADA UMS. ACREDA ALUMNI SPADA ANJUR BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME KAUNSELOR PENYALAHGUNAAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 Bangi, 25 Mei 2015 - Program Fleksi Diploma Pascasiswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/ Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) atau lebih dikenali sebagai Program SPADA merupakan program pengajian hasil keputusan Jawatankuasa Kabinet yang diusulkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2004 agar terdapat sebuah pengajian yang khusus dalam bidang penyalahgunaan dadah. Ia bertujuan menghasilkan kumpulan sumber manusia yangmempunyai pengetahuan khusus dan berkemahiran dalam bidang penyalahgunaan dadah bagi membantu negara memerangi dadah yang telah diisytiharkan sebagai “musuh nombor satu negara”. Program ini telah dijalankan di USIM mulai tahun 2005 dan sehingga kini seramai 223 orang pelajar telah mengambil program pengajian ini. Pihak USIM dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan dua buah universiti yang telah diberi mandat untuk menjalankan program pengajian ini dan para pelajar program terdiri daripada penjawat awam bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sempena 10 tahun penubuhan program SPADA, Pihak Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) telah mengadakan satu bengkel untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang kaunseling penyalahgunaan dadah di samping sebagai satu medium perjumpaan ahli Alumni dan Mahasiswa SPADA. Bengkel ini telah di adakan pada 25 Mei 2015 dan bertempat di Hotel Bangi – Putrajaya, Bangi. Oleh: Khairunnisa Ismail
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=