IBTIKAR USIM | BIL. 4

I Bil 4 I Jun 2015 28 Bengkel ini telah berjaya memberi peluang kepada semua peserta untuk bertukar-tukar pandangan dan idea tentang isu penyalahgunaan dadahmasa kini dan kaedah rawatan serta pencegahan penyalahgunaan dadah yang telah diamalkan. Kemuncak daripada program ini ialah cadangan penubuhan jawatankuasa sementara bagi NGO alumni SPADA yang akan didaftarkan dalam masa yang terdekat. Nama yang dicadangkan untuk penubuhan NGO ini ialah Malaysia Association of Drug Addiction Counsellor (MADAC) yang akan menjadi medium kepada alumni SPADA untuk berhubung dan membantu masyarakat dalam isu penyalahgunaan dadah. Selain itu, bengkel bersama alumni ini telah membawa kepada inisiatif kepada kajian impak dan keberkesanan Program SPADA setelah 10 tahun dijalankan berdasarkan keperluan dan kepentingan para graduan SPADA yang bergelar Kaunselor Penyalahgunaan Dadah agar dapat memantapkan profesionalisme yang sedia ada, seterusnya mengamalkan budaya kerja cemerlang dan bekerja dalam satu pasukan kaunselor yang mantap. LAWATAN AKADEMIK DAN TEKNIKAL KE SONGKHLA DAN KRABI THAILAND ACREDA Songkhla, 13 Mei 2015 - Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) bersama pelajar Program Fleksi Diploma Pascasiswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/ Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) SPADA sesi akademik 2014/2015 telah menganjurkan lawatan akademik dan teknikal ke Songkhla dan Krabi, Thailand. Program yang telah berlangsung selama empat hari mulai 13 – 17 Mei 2015 telah disertai oleh 33 orang pelajar SPADA dan Pengarah ACREDA. Objektif program antaranya ialah memberi pendedahan informasi dan kefahaman tentang penagihan dadah di Songkhla dan Krabi, Thailand melalui dialog dan interaksi dengan pelbagai pihak, memberi peluang kepada siswazah untuk membuat kajian dan perbandingan model/modul rawatan, pemulihan dan pencegahan dadah yang digunakan dan membina jaringan antarabangsa dalam bidang penyalahgunaan penyalahgunaan dadah antara Malaysia dan Thailand. Lawatan telah dimulakan dengan kunjungan ke Thanyarak Songkhla Hospital bagi melihat modul Therapeutic Community (TC) yang digunakan di hospital tersebut. Delegasi lawatan telah dibawa melawat ke asrama lelaki, wanita dan hampir keseluruhan fasiliti Hospital Thanyarak. Sesi pembentangan juga telah diadakan oleh para pelajar SPADA bagi memberi pengenalan dan maklumat berkenaan Program SPADA dan ACREDA.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=