IBTIKAR USIM | BIL. 4
29 Buletin Penyelidikan dan Inovasi USIM ACREDA Hari kedua lawatan telah membawa delegasi ke Prince of Songkhla University dan sesi perkongsian ilmu telah dijalankan melalui taklimat oleh Dekan Fakulti Perubatan. Peserta telah didedahkan dengan kekuatan anggota, cara rawatan, lawatan ke wad psikiatrik dan pembentangan akademik oleh wakil Fakulti Perubatan. Pihak universiti telah memberikan maklumat baru bahawa Thailand sudah lama mengkelaskan ‘Kratom’ atau daun ketum sebagai bahan terlarang yang boleh membawa kepada ketagihan. Para peserta lawatan juga telah melawat beberapa pusat perubatan agama Islam dan Buddha seperti Pondok Klong Kham, Pondok Wang Thong dan Mai Siak Watt. Secara keseluruhannya lawatan ke Thailand ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan juga membuka mata para pelajar tentang permasalahan, pemulihan, rawatan dan juga penjagaan berterusan kepada penagih dadah. Lawatan ini juga memperkasa ilmu pengetahuan dan pemahaman secara kolektif dan menyeluruh para peserta lawatan tentang isu dadah di dunia masa kini.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=