IBTIKAR USIM | BIL. 4
3 Buletin Penyelidikan dan Inovasi USIM KATA PENGANTAR KATA PENGANTAR KETUA EDITOR IBTIKAR Tahun 2015 menghampiri penghujungnya. Dalam tempoh tersebut, sudah hampir melabuhkan ufuknya, meninggalkan pelbagai nostalgia; pahit dan manis; tetapi tetap setiap pengalaman yang terlakar terus memberikan inpirasi baharu kepada USIM untuk terus bekerja kuat tanpa jemu. Walaupun pada pengakhiran 2014, Malaysia dilanda beberapa peristiwa yang cukup menyedihkan, namun ia merupakan dugaan-dugaan daripada Allah SWT untuk hamba-hamba-Nya yang dikasihi. Semoga kita semua terus tabah menghadapi ujian demi ujian ini. Ibtikar diterbitkan lagi, dengan paparan beberapa isu dan juga pelaporan aktiviti maklumat-maklumat yang terus dikemas kini untuk edaran dan makluman staf dan para pelajar di USIM berkenaan aktiviti di bawah payung TNC P&I. Fokus yang menjadi agenda pada tahun hadapan iaitu USIM ‘16 akan menjadi matlamat semua PTJ dan CoE di USIM. USIM berusaha untuk menjadi pusat rujukan serantau dalam integrasi ilmu naqli dan aqli di peringkat ASEAN yang bertepatan dengan pemilihan MALAYSIA sebagai Pengerusi ASEAN. Insya-Allah dengan gandingan mantap semua pihak, ia akan menjadi kenyataan. Sepanjang 2015 sehingga sekarang, terdapat pelbagai kejayaan manis terus ditempa oleh para pelajar, pensyarah dan juga pentadbir di USIM. Sudah tentu kejayaan setiap kelompok ini berbeza kerana bidang dan justifikasi tugas yang berbeza, tetapi setiap satunya membuktikan hanya satu perkara iaitu USIM boleh dan akan terus menempa nama dalam setiap aspek atau bidang yang diceburi. Kejayaan bukan bermakna mendapat juara atau pingat emas semata-mata, tetapi kejayaan itu turut bererti apabila setiap nama di USIM mendapat tempat dalam hati masyarakat, mendapat ruang untuk menyedari keberadaan USIM dalam pelbagai bidang sama ada penyelidikan dan juga penerbitan malah dalam aktiviti bersama masyarakat. Usaha ini bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa. Apabila USIM berada dan diakui menerima gandingan, kerjasama dan apa sahaja bentuk kolaborasi ia sudah menandakan impak yang positif dalam masyarakat tanpa mengira kita di mana. USIM‘16 berada hampir dengan garisan penamat. Hanya kita sahaja yang akanmampumerealisasikannya dengan gaya dan jaya. Ibtikar menjadi salah satu cabang kepada usaha ini dalam menguar-uarkan misi dan visi tersebut. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penerbitan kali ini. Selamat membaca. Salam hormat; Hariza Mohd Yusof Ketua Editor
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=