IBTIKAR USIM | BIL. 4
I Bil 4 I Jun 2015 30 Bengkel Hala Tuju dan Pemurnian “Professional Halal Analyst Program” (PHAP) Port Dickson, 24 - 25 Januari 2015 - Satu bengkel di bawah geran penyelidikan Knowledge Transfer Program – Professional Halal Analyst (KTP-PHAP) yang diketuai oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM telah diadakan di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memurnikan semula modul-modul yang telah dibangun dan digunapakai sepanjang pelaksanaan program PHAP Siri 1/2014. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk membincangkan secara terperinci hala tuju program PHAP bagi siri berikutnya. Program selama dua hari ini telah disertai oleh 22 orang peserta yang terdiri daripada ahli penyelidik dan pembangun modul dari dalam dan luar USIM dan juga kakitangan IHRAM. Hasil dari perbincangan yang telah diadakan, ahli bersetuju supaya program PHAP Siri 1/2015 dilaksanakan menerusi kaedah yang sama seperti pelaksanaan Siri 1/2014 dan kesemua ahli pembangun modul diminta untuk melengkapkan pemurnian modul bagi tujuan penerbitan. Secara ringkasnya, pelaksanaan program PHAP telah membuka lebih peluang kerjasama di antara USIM bersama dua rakan industri iaitu Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) dan TPM Biotech Sdn Bhd (TPMB) di samping meningkatkan kefahaman peserta-peserta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang halal. Program Latihan Study of Halal Export CertificationAnd Establishment Of Business To Business Contacts Nilai, 31 Mac – 5 April 2015 - Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) telah dipilih sekali lagi oleh United States Agency for International Development (USAID) untuk memberi latihan kepada delegasi Pakistan dalam menyalurkan maklumat kepakaran dan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan dan pemasaran daging halal. Program ini melibatkan sembilan peserta dari negara Pakistan yang terdiri daripada pemilik perusahaan daging. Program ini telah diadakan di Hotel Berjaya Times Square. USAID telah memberi dana sebanyak RM126,000.00 untuk membiayai latihan ini. Peserta IHRAM Oleh: Najihah Budah @ Udah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=