IBTIKAR USIM | BIL. 4
31 Buletin Penyelidikan dan Inovasi USIM telah dibawa melawat ke Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Veterinar dan Malaysia External Trade Development Cor poration (MATRADE). Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga memberi pendedahan bagaimana cara untuk mendapatkan standard halal JAKIM. Selain itu, peserta juga dibawa ke The 12th International Halal Showcase (MIHAS) 2015 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. Audit Dalaman ISO/IEC 17025 bagi Makmal Analisis Halal IHRAM Nilai, 14 dan 15 April 2015, Pihak Institut Penyelidikan & Pengurusan Halal (IHRAM) telah diaudit oleh dua orang panel audit dari Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia. Audit dalaman ini merupakan keperluan wajib untuk mendapatkan akreditasi di samping menyemak dan menambahbaik sistem pengurusan kualiti sebelum audit kecukupan dan pra-penilaian oleh Jabatan Standard Malaysia. Audit ini berlangsung selama dua hari bertempat di Bilik Mesyuarat MPG, Pusat Tamhidi. Pengarah IHRAM telah mempengerusikan mesyuarat pembukaan dan penutup bagi audit dalaman tersebut. Skop audit meliputi klausa pengurusan dan teknikal seperti yang terkandung di dalam ISO/IEC 17025. Hasil audit mendapati IHRAM memperoleh tujuh ketidak akuran dan tiga penambah baikan. Dua ketidak akuran melibatkan sistem pengurusan dan baki lima lagi melibatkan aspek teknikal di dalam makmal. Secara keseluruhannya, pihak auditor berpuas hati dengan kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh semua kakitangan IHRAM termasuk Pengarah IHRAM sendiri. Education Talk About Standardisation Nilai, 11 Jun 2015, Pihak Jabatan Standard Malaysia telah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) dalam menjayakan Education Talk About Standardisation yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Siti Mariam Mohd Din, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Standard Malaysia. Peserta seramai 32 orang terdiri dari kakitangan akademik dan ketua program fakulti serta kakitangan IHRAM. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan standard kepada ahli akademik. Ceramah ini dapat dimanfaatkan untuk membentuk modul pengajaran berkaitan standard jika bersesuaian. IHRAM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=