IBTIKAR USIM | BIL. 4

I Bil 4 I Jun 2015 32 IFWMI BENGKEL PENULISAN JURNAL GILAP KEUPAYAAN HASIL PENERBITAN BERMUTU NILAI – 16 April 2015: Pada 16 dan 17 April 2015, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) telah berjaya menganjurkan satu bengkel penulisan jurnal bertempat di Hotel Aston, Bandar Baru Nilai. Bengkel yang dihadiri oleh penyelidik IFWMI ini diadakan bagi memantapkan penulisan ahli akademik dalam menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti untuk diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi. Pemilihan Y.Bhg. Prof. Dr. Hj. Kamaruzaman Jusoff sebagai penceramah jemputan bagi bengkel ini juga bertepatan memandangkan pengalaman luas beliau dalam bidang penulisan dan sehingga kini masih lagi aktif dalam menghasilkan artikel-artikel berimpak tinggi bagi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan berperanan sebagai Felo Penyelidik Kanan di Bahagian Teknologi Maklumat dan Khidmat Korporat (Unit Penerbitan) MPOB. Di penghujung bengkel, para penyelidik IFWMI berjaya mencapai objektif bengkel untuk menghasilkan beberapa artikel yang akhirnya dihantar ke jurnal-jurnal berimpak tinggi untuk diterbitkan. Oleh: Nor Fadzlina Azahari

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=