IBTIKAR USIM | BIL. 4
5 Buletin Penyelidikan dan Inovasi USIM Sebagai COE yang pertama di USIM, apakah pencapaian utama yang telah dicapai sepanjang penubuhan INFAD? INFADmempunyai tujahan tersendiri iaitu dalam isu-isu kefatwaan. Isu fatwa adalah inklusif dan mampu merangkumi isu-isu lain seperti isu dadah, halal, kewangan Islam seperti yang dilakukan oleh COE lain di USIM. INFAD juga sudah dikenali oleh agensi kerajaan seperti JAKIM terutamanya dalam isu pengurusan dan terjemahan fatwa kebangsaan. Pihak JAKIM juga telah memberi kepercayaan kepada INFAD untuk menterjemah semua bentuk fatwa yang ada. Di peringkat negeri pula, INFAD terlibat dengan beberapa jabatan mufti negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan terkini Sabah. Kita sedia maklum bahawa USIM sedang mensasarkan untuk menjadi pusat rujukan di peringkat serantau pada tahun 2016 (USIM’16). Apakah strategi utama yang akan digerakkan oleh INFAD untuk mencapai sasaran tersebut? Pertama sekali, INFAD sudah mempunyai nama dan reputasi tersendiri ketika saya mengambil alih pada penghujung 2013. Pelan dan strategi saya adalah untuk meletakkan INFAD di peringkat global. Sebagai contoh tahun lepas, kita telah ke Mesir untuk berbincang dengan Darul Ifta’ iaitu sebuah institusi fatwa rasmi di Mesir untuk mengadakan latihan dan usaha ini masih dalam perbincangan. Tahun yang sama juga, saya berpeluang menghadiri persidangan meja bulat di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei (UNISSA) dan diminta memberi pandangan mengenai isu-isu kefatwaan. Kemudian, saya mencadangkan kerjasama isu fatwa di antara UNISSA dan INFAD. Kesan dari cadangan ini adalah INFAD berjaya memperolehi geran antarabangsa berjumlah BND 20,000. Dengan pencapaian geran antarabangsa ini maka boleh dikatakan objektif USIM’16 sudah pun tercapai di peringkat INFAD. Kami juga membuat lawatan ke Indonesia iaitu pertubuhan Muhammadiyah dan melakukan seminar bersama sebagai salah satu langkah mencapai USIM’16. Mungkin ramai di luar sana yang masih belummengetahui bagaimana satu-satu fatwa dikeluarkan. Boleh Dr. terangkan secara ringkas bagaimana prosedur pengeluaran fatwa di Malaysia? INFAD bukanlah sebuah badan pengeluar fatwa. Kita hanya pusat yang menjalankan kajian mengenai isu-isu yang melibatkan kefatwaan. Badan rasmi yang mengeluarkan fatwa ialah Jabatan Mufti Negeri sahaja kerana mereka mempunyai jawatankuasa fatwa yang diketuai oleh mufti. Setiap Jabatan Mufti Negeri mempunyai Jawatankuasa Fatwa dengan nama yang pelbagai. Fatwa adalah salah satu komponen Islam, jadi hal ehwal Islam di bawah kuasa Sultan dan isu-isu kefatwaan diserahkan kepada mufti. Isu fatwa pula dikeluarkan melalui persoalan orang awam, agensi kerajaan, surau, masjid atau arahan Sultan. Jawatankuasa Fatwa akan menyediakan Kertas Hukum untuk dibentangkan dan dibincangkan. Kemudian, jawatankuasa akan membuat keputusan dan sama ada diwartakan atau tidak diwartakan. Diwartakan bermaksud fatwa tersebut diikat dengan undang-undang dan kalau disebut sebagai keputusan maka ia tidak diikat dengan undang-undang. Di peringkat kebangsaan pula terdapat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu keahliannya terdiri daripada mufti-mufti setiap negeri. Bezanya, di peringkat kebangsaan mufti akan membincangkan isu-isu nasional yang memberi manfaat atau kesan kepada seluruh negara. Namun, keputusan dari Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak boleh dikira sebagai fatwa sebaliknya hanya sebagai keputusan. TEMU BUAL EKSKLUSIF
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=