IBTIKAR USIM | BIL. 4
I Bil 4 I Jun 2015 6 Keputusan ini pula akan dibawa semula ke peringkat negeri-negeri dan terpulang pada negeri untuk menerima atau tidak. Tetapi, pada kebiasaanya negeri akan menerima. Contohnya; isu Program ESQ yang diluluskan di peringkat kebangsaan tetapi tidak diterima di peringkat negeri dan diharamkan di Wilayah Persekutuan. Pada pendapat Dr., sejauh manakah penguatkuasaan fatwa dapat dilakukan di Malaysia dan apakah halangan-halangan yang dihadapi bagi menguatkuasakan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa? Di Malaysia, hal ehwal kefatwaan ini di bawah Enakmen Pentadbiran Islam Negeri-Negeri. Setiap negeri ada enakmen pentadbiran Islam mereka sendiri dengan pelbagai nama. Contohnya seperti di Kedah dan Sabah mereka menggelar sebagai Enakmen Fatwa dan di negeri lain sebagai Enakmen Pentadbiran Islam. Fatwa yang boleh dikuatkuasakan adalah fatwa yang diwartakan kerana ia diikat dengan undang-undang. Contohnya, fatwa di Selangor mewartakan hukum merokok adalah haram dan siapa yang menghisap rokok di Selangor boleh ditangkap oleh penguatkuasa dan didakwa di mahkamah. Namun, penguatkuasaan tidak berada di bawah Jabatan Mufti dan pelaksanaan tidak boleh dilakukan. Selain itu, saiz kawasan Selangor yang besar dan isu-isu lain seperti perjudian dan pelacuran yang lebih serius juga menyebabkan pelaksanaan tidak dapat dijalankan. Fatwa yang diwartakan juga tidak banyak dan biasanya tertumpu kepada ajaran sesat. Contohnya, hampir setiap negeri mengharamkan ajaran sesat tapi dari segi pelaksanaannya terdapat sedikit kelemahan. Contohnya di Selangor, setiap kali terdapat tangkapan ajaran sesat tidak pernah menjadi kes, mengapa? Jawapannya adalah kerana Sirah fatwa tersebut. Contohnya, ajaran Qadiani asalnya Islam tetapi telah dianggap menyeleweng dengan menambah Syahadah. Oleh itu, ulama seluruh dunia menganggap Qadiani ini terkeluar daripada Islam dan apabila terkeluar daripada Islam maka mahkamah tidak boleh membicarakan pesalah kerana bukan Islam. Hal itu menjadi isu besar dalam mahkamah dan peguam pula bijak dalam menyerang aspek teknikal yang menjadi kelemahan fatwa dan kes ditolak. Jadi hari ini, Jabatan Mufti Negeri dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan semakin menitikberatkan aspek teknikal penulisan fatwa termasuk penggunaan titik, koma dan sebagainya. Akhir sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. kerana sudi meluangkan masa bersama kami untuk sesi temu bual ini. Diharapkan INFAD akan terus berjaya memacu USIM ke arah menjadi pusat rujukan serantau dan global di bawah pentadbiran Dr. Terima kasih. TEMU BUAL EKSKLUSIF
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=