IBTIKAR USIM | BIL. 4
7 Buletin Penyelidikan dan Inovasi USIM INFAD Secara umumnya terdapat dua institusi utama yang menguruskan hal- ehwal berkaitan fatwa di Malaysia iaitu Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri. Kedua-dua jawatankuasa ini ditubuhkan di bawah peruntukan undang-undang yang berbeza. Jawatankuasa Fatwa MKI telah ditubuhkan pada 1970 di bawah “Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia”. Dalam Perkara 11. (a) antara lain memperuntukkan, “Maka hendaklah ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Fatwa terdiri daripada ahli-ahli berikut: a. Pengerusi Jawatankuasa yang dilantik oleh MajIis dari antara ahli-ahlinya; b. Mufti tiap-tiap Negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang mewakili Negeri dalam Hal Ehwal Ugama; c. Lima orang AIim Ulama yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja; d. Seorang ahli yang berugama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang atau dari profesion undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh MajIis Raja-Raja. BERITA UTAMA Tugas Jawatankuasa Fatwa MKI Jawatankuasa Fatwa MKI akan merujuk kepada sumber rujukan yang muktabar dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Secara asasnya, rujukan tersebut bersumberkan keutamaan iaitu al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qiyas. Selain sumber tersebut, Jawatankuasa Fatwa MKI juga akan merujuk pendapat- pendapat sahabat, tabi’in, imam-imam mazhab dan fuqaha dengan mengadakan penelitian terhadap dalil-dalil dan wajah istidlalnya. Pendapat-pendapat Mazhab Shafi’i akan digunakan dalam penentuan hukum terhadap sesuatu permasalahan, kecuali jika didapati sebab tertentu untuk menggunakan mazhab- mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang lain bagi mendapatkan pendapat mana yang lebih kuat dalilnya dan lebih membawa maslahah kepada umat Islam untuk difatwakan. Seterusnya, apabila masalah yang hendak diputuskan itu tidak terdapat pada perkara tersebut maka akan dilakukan ijtihad Jama`i. Ia berasaskan kepada kaedah-kaedah berikut: Sumber Rujukan Jawatankuasa Fatwa MKI Perkara 14 Peraturan MKI menyebut, “tugas Jawatankuasa Fatwa itu ialah menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa- apa perkara berkenaan dengan Ugama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan pendapat-pendapatnya kepada Majlis yang akan menghantarkannya bersama dengan pengesyoran-pengesyorannya kepada Majlis Raja-Raja”. Meskipun mempunyai kuasa untuk mengeluarkan fatwa, namun fatwa yang dikeluarkan oleh jawatankuasa ini lebih bersifat ‘cadangan’ dan tidak mengikat jawatankuasa- jawatankuasa fatwa di peringkat negeri. Ini kerana fatwa adalah berkaitan hal ehwal Islam yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Oleh: Irwan Mohd Subri Mohamad Ahmad KEDUDUKAN DAN PENGURUSAN FATWA DI MALAYSIA a. Al-Masalih al-Mursalah. b. Al-`Uruf. c. Al-Istishab. d. Sadd al-Zara’i`. e. Al-Istihsan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=