IBTIKAR USIM | BIL. 4

I Bil 4 I Jun 2015 8 BERITA UTAMA 1. Arahan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Jika Mesyuarat Majlis Raja-raja menitahkan supaya Jawatankuasa Fatwa MKI mengeluarkan fatwa tentang sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat, maka satu persidangan akan diadakan. Apabila semua ahli Jawatankuasa Fatwa bersetuju mengeluarkan fatwa maka fatwa berkenaan akan dirafa`kan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI). Kemudiannya, fatwa yang telah diterima oleh Majlis Raja-Raja tersebut akan dibawa kepada Majlis Fatwa Negeri-negeri tanpa boleh dipinda dan seterusnya akan diwartakan oleh negeri berkenaan (Perkara 9, Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia). Antara fatwa yang pernah dikeluarkan melalui proses ini adalah fatwa pengharaman Pertubuhan al-Arqam dan fatwa isu mengkafir. 2. Tanpa Arahan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kebanyakan proses pengeluaran fatwa adalah “tanpa arahan Mesyuarat Majlis Raja-Raja” tetapi melalui permohonan pihak tertentu atau isu yang ingin dikaji oleh pihak JAKIM. Isu yang dikemukakan akan dikaji, disediakan satu kertas kerja berkaitan dan kemudiannya dibentangkan dalam Mesyuarat Panel Kajian Syariah atau Mesyuarat Panel Kajian Akidah mengikut kategori isu yang dibincangkan. Kadangkala kajian yang dibuat terus dibentangkan dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan tanpa dibincangkan dalam Mesyuarat Panel Kajian Syariah atau Mesyuarat Panel Kajian Akidah. Pandangan hukum yang diputuskan dalam Muzakarah ini akan dibawa ke Majlis atau Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri dan negeri boleh meminda keputusan tersebut atau menerimanya tanpa pindaan. Pengeluaran fatwa di peringkat kebangsaan yang diamalkan di Malaysia adalah melalui dua cara iaitu : Namun, jika isu tersebut melibatkan bidang-bidang teknikal dan kepakaran contohnya bidang sains dan perubatan, maka pakar dalam bidang berkaitan akan dipanggil untuk memastikan keputusan yang diputuskan benar-benar tepat, komprehensif dan berwibawa. Pengeluaran Fatwa Peringkat Kebangsaan Status Keputusan Jawatankuasa Fatwa MKI Dari sudut pentadbiran undang-undang, sesuatu keputusan yang dikeluarkan di peringkat kebangsaan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI bukanlah merupakan satu fatwa yang mengikat atau yang boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang. Sebaliknya, ia hanya suatu keputusan atau pandangan hukum dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan seluruh umat Islam. Tidak dinafikan, dari sudut pandangan syarak, keputusan atau pandangan hukum tersebut sudah menjadi fatwa. Cuma, dari sudut undang-undang ia belum boleh dikuatkuasakan selagi tidak diwartakan oleh pihak berkuasa negeri. Hubungan Jawatankuasa Fatwa MKI dan JAKIM Jawatankuasa Fatwa MKI merupakan badan pengeluar dan penyelaras fatwa di peringkat kebangsaan manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula berperanan membantu operasi dan fungsi Jawatankuasa Fatwa MKI melalui Bahagian Pengurusan Fatwa. Bahagian Pengurusan Fatwa berperanan sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Fatwa MKI.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=