IBTIKAR USIM | BIL. 5
I B i l 5 I J u n e 2 0 1 6 1 6 NILAI – 17 Mac 2016: Penerbit USIM meluaskan jaringan kerjasama di peringkat lokal dengan memeterai dua Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Perbadanan Kota Buku bertempat di Ruang Galeri USIM. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh USIM yang diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad. Manakala ITBM diwakili oleh Pengarah Urusan, En. Mohd Khair Ngadiron dan Perbadanan Kota Buku diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar. Disediakan oleh : Mohd Faiz Hamzah K E L E S TAR I AN P E N E RB I TAN ME L A L U I K E R J A S AMA I T BM DAN P E RBADANAN KO TA BUKU P E N E RB I T U S I M K E ARAH ME NC A PA I U S I M ‘ 1 6 Antara intipati perjanjian bersama ITBM adalah Projek Kerjasama Terjemahan & Penerbitan Koleksi Buku Ilmiah Pendidikan Tinggi dalam Bidang Perubatan & Kejururawatan. Antara judul buku yang telah diterbitkan ialah Reflections of An English Muslim dan buku terjemahan berjudul Nurturing A Balanced Person The Leadership Challenge. Menerusi perjanjian dengan Kota Buku, Penerbit USIM telah bersetuju untuk menerbitkan dan menukar sebanyak 22 judul buku bercetak ke dalam bentuk e-book menerusi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perbadanan Kota Buku. b e r i t a BANDAR SERI BEGAWAN – 26 Feb 2016: Buku "Sumbangan dan Cabaran Ahli Sunnah Waljamaah di Alam Melayu" dan "Pembiayaan dan Pembangunan Wakaf dalam Melestarikan Ekonomi Ummah: Cabaran dan Prospek Masa Hadapan" kerjasama Penerbit USIM & KUPU SB, Brunei telah dilancarkan oleh wakil Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Hj Mohd Yussof, Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan Brunei Darussalam bersempena dengan Pesta Buku Brunei 2016. Pesta Buku Brunei yang berlangsung selama 10 hari bermula pada 26 Februari hingga 6 Mac 2016 telah disertai oleh Penerbit USIM saban tahun bermula pada 2013. Delegasi Penerbit USIM tahun ini membawa misi menjayakan USIM'16. Projek pertama kali dengan KUPU SB menuai hasil pada tahun ini. Delegasi kali ini disertai oleh Prof. Dato' Dr. Mustafa Hanefah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Prof. Dato’ Dr. Mohammad Alias, Prof. Madya Dr. Asma Abdul Rahman, Prof. Madya Dr. Muhammad Yusuf Khalid, serta kakitangan Penerbit USIM.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=