IBTIKAR USIM | BIL. 5
B u l e t i n P e n y e l i d i k a n d a n I n o v a s i U S I M 3 K A T A P E N G A N T A R K E T U A E D I T O R I B T I K A R Warga USIM usai meninggalkan dua bulan yang amat bermakna iaitu Syawal dan Ramadan. Tabir Syawal masih ada dan tabir Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita dengan episod muhasabah diri bagi menjadi yang terbaik. Keberadaan dalam tahun 2016 merupakan perkara yang mengujakan kerana pada tahun ini warga USIM bertungkus-lumus unutk merealisasikan pelan strategik USIM berada pada tangga dan sasaran yang telah ditetapkan. Melihat kepada pencapaian-pencapaian hasil usaha pelbagai PTJ, tidak ada yang mampu menolak dan menafikan kejayaan yang akan dicapai dalam menghampiri USIM16 sebagai universiti yang akan dirujuk di peringkat serantau. Apa yang lebih unik, USIM16 bakal mengukir lakaran bagi kita dijadikan rujukan serantau berteraskan integrasi ilmu naqli dan aqli. Rujukan ini menyeluruh kepada semua staf termasuk staf akademik, pentadbiran dan juga pelajar kerana elemen-elemen inilah yang menjadi inti pati kekuatan universiti. Ibarat kata bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Tidak ketinggalan, PTJ dan CoE di bawah naugan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNC P&I) turut berganding bahu dan bekerjasama dalam menyasarkan pelan strategik tersebut. Pelbagai aktiviti, program, sumbang saran, dengan pelbagai hubungan jaringan strategik diadakan dengan hasrat dan matlamat yang sama iaitu dirujuk dan akhirnya menampakkan hasil bagi dihormati, dirujuk dan juga releven (respected, referred, relevant) atau lebih sinonim dengan istilah 3R. Ibtikar menemui pembaca lagi, dengan paparan beberapa isu dan juga pelaporan aktiviti maklumat- maklumat yang terus dikemas kini untuk edaran dan makluman staf dan para pelajar di USIM berkenaan aktiviti di bawah payung TNC P&I. Sekali lagi untuk ingatan bersama, USIM‘16 berada hampir dengan garisan penamat. Kita sahaja yang akan mampu merealisasikannya dengan gaya dan jaya. Sekali lagi terima kasih daun keladi untuk semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penerbitan pada tahun yang amat bermakna ini. Tertangguk pada ikan sama mengeruntungkan, tertangguk pada rangsang sama mengiraikan. Selamat membaca. Salam hormat, Hariza Mohd Yusof Ketua Editor
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=