IBTIKAR USIM | BIL. 5
I B i l 5 I J u n e 2 0 1 6 4 1. Nama ACREDA bukanlah suatu yang asing bagi warga USIM, bagaimanapun, sebagai mukadimah temu bual ekslusif kali ini, boleh Dr terangkan berkaitan latar belakang dan sejarah ACREDA? Pusat Penyelidikan dalam Penyalahgunaan Dadah Asia atau dikenali sebagai ACREDA telah mula ditubuhkan pada 15 April 2009 setelah diluluskan oleh Senat Universiti dalam Mesyuarat Senat Universiti Kali ke-50 Bil 2/2009 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2010. Penubuhan ACREDA juga boleh dilihat sebagai suatu usaha untuk menjadikan Universiti Sains Islam (USIM) sebagai pusat rujukan dalam aspek-aspek berkaitan penyalahgunaan dadah melalui aktiviti penyelidikan, penerbitan, latihan dan perkhidmatan. Ditubuhkan dengan berasaskan kepada landasan penubuhan Pusat Kecemerlangan di P E NGARAH P U S A T P E NY E L I D I KAN DA L AM P E NYA L AHG UNAAN DADAH A S I A ( A C R E DA ) T EMU BUA L E KS K L U S I F BERSAMA DR. MOHAMAD ISA BIN AMAT bawah Teras Ketiga Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi, penubuhan ACREDA pada awalnya adalah bagi membantu kerajaan Malaysia membanteras musuh nombor satu negara iaitu masalah penyalahgunaan dadah. Jika dilihat pada kejayaan ACREDA hari ini, penubuhan ACREDA itu sendiri bukanlah terus menjadi satu pusat kecemerlangan universiti dalam masa yang singkat. ACREDA ditubuhkan melalui pengembangan dan pemerkasaan aktiviti Special Interest Group (SIG) dalam penyalahgunaan dadah melalui Program Fleksi Diploma Pascasiswazah dalam Penyalahgunaan Dadah/ Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) – SPADA yang ditawarkan di USIM semenjak tahun 2005. Program yang bermatlamat untuk menghasilkan Ikuti Temu Bual Eksklusif: Puan Najihah Budah @ Udah dan Puan Nor Fadzlina Azahari
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=