IBTIKAR USIM | DISEMBER 2018
Unit Penyelidikan ACREDA berhasrat untuk memperkasakan penyelidikan dan pengurusan dalam bidang penyalahgunaan dadah dengan menyalurkan, menyebar, dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, perundingan, kepakaran, latihan-latihan yang diperlukan melalui penyelidikan bagi meningkatkan kualiti kesihatan mental. ACREDA sentiasa melebarkan sayapnya dalam program pemulihan dan rawatan penyalahgunaan dadah melalui jaringan kerjasama bersama pihak industri dan agensi luar agar usaha untuk membanteras masalah penyalahgunaan dadah dapat diatasi dan dihapuskan. Salah satu unit di bawah ISI yang unik dan telah banyak menyumbang kepada masyarakat khususnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah Unit Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI). Misi penubuhan Unit UMMI adalah bagi menjadi sebuah pusat rujukan penyelidikan dan inovasi dalam bidang pendidikan bersumberkan Quran dan Sunnah bagi OKU bertaraf antarabangsa melalui pendekatan integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. Bidang kajian utama Unit UMMI adalah pendidikan bersumberkan Quran dan Sunnah bagi OKU penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Unit UMMI telah menjalankan kursus, forum kesedaran dan program berkisar tentang pendidikan dan kempen kesedaran terhadap golongan OKU di negara ini. Variasi KUP ini turut diwarnai dengan penubuhan Kluster Islam & Emerging Technologies (ImET). Halatuju penubuhan Kluster ini adalah ke arah memahami Tauhid dan pelaksanaannya dalam memelihara generasi masa kini berdasarkan penyatuan pengetahuan ilmu Naqli dan Aqli. Misi utama Kluster ImET adalah bagi menyediakan platform dalam pendidikan melalui pengetahuan Ilmu Naqli dan Aqli berdasarkan kepada perkembangan manusia serta pengajaran Islam. Kluster ini menjalankan kajian dan penyelidikan khusus berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Selain penyelidikan, ISI turut menawarkan DUA (2) program akademik iaitu Doktor Falsafah Sains Islam dan Sarjana Sains Islam. Program akademik ini ditawarkan dalam mod penyelidikan dan sehingga kini sebanyak SEPULUH (10) orang pelajar sedang melanjutkan pelajaran di ISI. Matlamat penawaran program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mengintegrasikan Ilmu Naqli dan Aqli secara profesional dan seimbang dari segi intelektual, spiritual, emosi, fizikal dan sosial. Penawaran program Doktor Falsafah dan Sarjana Sains Islam ini turut membantu pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran serta menjalankan penyelidikan dalam bidang Sains Islam. Penawaran program ini mempunyai reka bentuk kurikulum yang mencakupi pelbagai bidang diyakini dapat merealisasikan proses kesepaduan Ilmu Naqli dan Aqli bagi memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan dan sekali gus dapat membantu USIM menjadi institusi ilmu yang berteraskan pengajian Islam bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam. Penjenamaan semula ISI juga telah memberi peluang kepada ISI untuk menguruskan DUA (2) buah badan pelajar yang telah didaftarkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) iaitu Sekretariat Sahabat Perintis Youth (PY) dan Urusetia Rekacipta dan Inovasi (UREKA). Badan pelajar ini telah menjalankan pelbagai aktiviti dan program berkaitan inovasi serta rekacipta dan DUA (2) program utama yang telah dijalankan pada setiap tahun adalah Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Islam USIM (i-REKA) dan Tunas Cipta. Pertandingan rekacipta ini telah menunjukkan bahawa budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar telah mula subur dan mekar di bumi USIM. Impak penganjuran pertandingan ini adalah amat tinggi melalui kecemerlangan peserta USIM di pertandingan seperti NRIC, i-INOVA, PECIPTA serta British Invention Show (BIS) di London. Institut Sains Islam merupakan Inkubator Penyelidikan yang bersifat unik kerana bukan sahaja memfokuskan bidang penyelidikan dan akademik, malahan mempunyai badan pelajar dan menguruskan program, wacana serta latihan berkaitan Sains dan Islam. Penjenamaan ini merupakan satu langkah terbaik USIM untuk menjadikan ISI sebagai Inkubator yang menjalankan fungsi yang memfokuskan kepada integrasi Naqli dan Aqli melalui aspek akademik, penyelidikan serta pentadbiran amnya. 17 BULETIN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=