IBTIKAR USIM | DISEMBER 2018
NILAI – Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Competency And Enhancement Programme (ACEP) merupakan sebuah program kerjasama AKEPT dengan universiti awam bagi menjayakan pelaksanaan modul penyelidikan. Program ini berlangsung bermula pada 8 November hingga 13 Disember 2017 bertempat di USIM yang merupakan ketua bagi Zon Tengah yang mana pada mesyuarat Pengurusan AKEPT yang diadakan pada 25 Oktober 2016 yang lalu telah melantik enam Ketua Zon bagi perlaksanaan ACEP Modul Penyelidikan 2017-2018 iaitu Zon Utara (Universiti Utara Malaysia), Zon Tengah (Universiti Sains Islam Malaysia), Zon Selatan (Universiti Teknologi Malaysia), Zon Timur (Universiti Malaysia Terengganu), Zon Sabah (Universiti Malaysia Sabah), Zon Sarawak (Universiti Malaysia Sarawak). Selain dari penglibatan universiti-universiti awam, program ini juga melibatkan Politeknik- politeknik, kolej-kolej Komuniti dan Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang terdiri dari enam zon iaitu Zon Utara yang melibatkan UUM, USM, UniMAP dan UPSI. Zon Tengah iaitu UM, UKM, UPM, UiTM, UPNM, UIA, UPSI dan USIM. Zon Selatan iaitu UTM, UTHM dan UteM. Zon Timur iaitu UMT, UniSZA, UMK dan UMP, Zon Sabah dan Zon Sarawak. AKEPT berperanan dalam mengadakan mesyuarat dan pemilihan Ketua Zon; mengeluarkan Surat Lantikan Ketua Zon; menyediakan Deraf Terma Rujukan antara AKEPT dan Ketua Zon yang dilantik; menyalurkan hardcopy dan softcopy Modul Penyelidikan (mengikut pilihan Ketua Zon) dan Peruntukan (RM20,000 bagi 2017) kepada Ketua Zon; memastikan setiap Ketua Zon menyerahkan Pelan Pelaksanaan ACEP sebelum modul berlangsung; memastikan tidak berlaku sebarang pertindihan dalam pelaksanaan ACEP di mana-mana zon; membuat jemputan peserta sebulan sebelum tarikh pelaksanaan; membuat lantikan penceramah sebulan sebelum tarikh pelaksanaan; membuat pemantauan di setiap zon; menerima maklum balas dan laporan daripada Ketua Zon selepas program dilaksanakan; memastikan Ketua Zon menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan; dan mengeluarkan sijil penyertaan kepada peserta yang tamat program ACEP dengan jayanya. Antara pengisian aktiviti yang dijalankan bagi Zon Tengah yang berlangsung di Galeri Canselori, USIM adalah Modul Penulisan dan Penerbitan pada 8-9 November 2017, Modul Pengkomersialan pada 14-15 November 2017 dan Modul Penyelidikan dan Inovasi pada 28-29 November 2017. Manakala Modul Keusahawanan telah berlangsung pada 12-13 Disember 2017 bertempat di Bilik Seminar PPPI, USIM. AKEPT COMPETENCY & ENHANCEMENT PROGRAMME BERITA 36 IBTIKAR
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=