IBTIKAR USIM | DISEMBER 2018
Pada 28 Mac 2017, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan Bengkel Enhancing Research Talent (ERT) untuk membincangkan kandungan dan pengisian kursus-kursus yang dicadangkan untuk kakitangan akademik USIM. Ahli-ahli yang terlibat di dalam bengkel ialah ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan Persidangan (JKPPU) dan wakil dari Pusat Pengembangan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (PIINA). Hasil dapatan melalui bengkel tersebut, tiga perkara telah diambil kira dalam pengisian baru iaitu Inovasi, Pengkomersialan dan Keusahawanan. Program Peningkatan Bakat Penyelidikan (Enhancing Research Talent - ERT) adalah merupakan usaha untuk memperkasa bakat kakitangan akademik melalui beberapa penawaran kursus dengan kerjasama institusi atau agensi luar seperti Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). Program ini adalah berkenaan dengan pembangunan kursus yang ditambahbaik daripada modul AKEPT yang merangkumi penyelidikan, kepimpinan dan inovasi. Perbincangan yang lebih terperinci telah diadakan antara YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roshada Hashim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bersama-sama dengan Persatuan Kakitangan Akademik pada 18 April 2017 untuk mendapatkan pandangan berkenaan modul- modul yang digunakan. Hasil daripada perbincangan tersebut, beberapa cadangan telah diterima dan telah ditambah baik. Objektif bagi perlaksanaan program ini adalah untuk memperkasa bakat kakitangan akademik dalam bidang penyelidikan dan inovasi; memberi pendedahan, galakan serta dorongan kepada kakitangan akademik; membimbing kakitangan akademik dalam menghasilkan penyelidikan yang baik; berkebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman dalam bidang penyelidikan; dan membimbing kakitangan akademik terutamanya kakitangan akademik muda dalam memahami konsep penyelidikan yang baik. Program yang melibatkan Kursus Induksi Penyelidikan dan Inovasi ini telah disertai oleh kakitangan akademik yang berstatus Ph.D yang melapor diri pada tahun 2015 dan ke atas. Perlaksanaan bagi setiap modul adalah selama dua hari yang berlangsung di USIM. Manakala penceramah yang dilantik adalah dari kakitangan akademik USIM yang berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta penceramah luar. Terdapat 10 Peringkat bagi modul-modul ERT iaitu: 1) Kursus Induksi Penyelidikan & Inovasi 2) Leadership Module in Research & Innovation 3) Leadership Module in Writing & Publication 4) Responsible Conduct of Research 5) Leadership Module in Commercialisation 6) Leadership Module in Writing & Publication (Part 1) 7) Leadership Module in Research & Innovation (Part 2) 8) Leadership Module in Commercialisation 9) Leadership Module in Entrepreneurship (Entrepreneurship Development in Higher Education) 10) Leadership Module in Entrepreneurship BERITA 37 BULETIN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PROGRAM PENINGKATAN BAKAT PENYELIDIKAN
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=