IBTIKAR USIM | DISEMBER 2018

Acara: Solar Decathlon Middle East (SDME) Tarikh: 7 Oktober - 9 November 2018 Tempat: Mohammed bin Rashid Al Maktoum Solar Park, Dubai Ketua Penyelidik Ar. Dr. Fadli Arabi Ahli Penyelidik Ar. Dr. Elina Mohd Husini Dr. Marinah Othman Ar. Wan Norisma Wan Ismail Prof. Madya Dr. Azman Ab Rahman Prof. Dr. Kamaruzzaman Seman Dr. Dodo Yakubu Aminu Ir. Dr. Khairi Abd Rahim Prof. Madya Dr. Mohd Hafez Mohd Isa Prof. Madya Dr. Awangku Abdul Rahman Ar. Abu Bakar Md Ali Ar. Hisyam Ali Raja Nur Syaheeza Raja Mohd Yazit Nurul Nadiah Razali Nadzirah Abd Razak Rumah Solar Mizan atau Mizan Home adalah kolaborasi strategik kepakaran dari dua buah universiti awam iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai universiti peneraju bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Rumah Mizan merupakan wakil tunggal negara dan Asia Tenggara ke pertandingan Solar Decathlon yang dianjurkan oleh Dubai Electricity and Water Authority (DEWA) bagi menghasilkan sebuah rumah pintar dijanakan oleh tenaga suria sepenuhnya. Pertandingan Solar Decathlon merupakan pertandingan bertaraf kejuaraan dunia dalam kategori rumah bertenaga solar. Dalam pertandingan anjuran Dubai Electricity and Water Authority (DEWA) dan Jabatan Tenaga Amarika Syarikat (DOE), Rumah Mizan telah mengetengahkan tujuh inovasi utama menggunakan teknologi terkini iaitu rekaan Rumah Tiga Zon Tapisan Keselesaan, Teknologi Sistem Penapisan Air patuh syariah, Penebat Haba Dinding Organik dari hampas batang kelapa sawit, Sistem Penyaman Hawa Dingin dan Air Panas Hybrid menggunakan kitaran ais, Aplikasi Rumah Pintar dan Rumah Selamat menggunakan aplikasi telefon mudah alih dan Inovasi Pembinaan Sangkar Modular. Pendekatan konseptual - "Beyond the Limit" dipilih dalam sistem pembinaan sebagai sistem modul ruang rumah yang dapat disusun secara fleksibel mengikut keperluan semasa dan menjanjikan tahap keselesaan ruang yang tinggi. Strategi penyejukan pasif dengan intergrasi elemen fungsi 'Masyrabiah' yang berfungsi bukan saja sebagai skrin privasi tetapi turut bertindak sebagai peranti penapisan haba matahari untuk menyejukkan udara yang memasuki ke dalam rumah. Ini merupakan sebahagian daripada konsep tiga lapisan zon keselesaan. Pendekatan tersebut direka berdasarkan kepada elemen utama di dalam seni bina dan pendekatan Naqli iaitu alam sekitar seperti suhu, angin dan cahaya. Manusia, iaitu keselesaan dan budaya serta teknologi seperti seni bina, kejuruteraan dan sains. Kejayaan USIM untuk layak ke peringkat akhir pertandingan SDME ini membolehkan USIM membawa pulang hadiah wang pertandingan sebanyak AED400,000.00 dan merangkul anugerah People's Choice Award. PEOPLE’S CHOICE AWARD ANUGERAH & PENCAPAIAN RUMAH SOLAR MIZAN UNTUK PENGHIDUPAN MAMPAN 39 BULETIN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=