IBTIKAR USIM | DISEMBER 2018

Industri Halal Teknologi dan Pengurusan Maklumat Waidah Ismail, Norasikin Fabil, Mohd Hafez Mohd Isa, Roesnita Ismail, Nurdiana Azizan Buku ini memaparkan perkongsian maklumat mengenai teknologi dan pengurusan dalam industri halal. Perkongsian ini boleh menjadi panduan dalam penerokaan yang telah dijalankan denagn asas Syariah Islamiah. Al-Quran menetapkan bahawa Ial-aslu (asal sesuatu) adalah halal kecuali makanan yang mempunyai dalil dan hujah syarak di atas pengharamannya. Oleh itu, halal juga tidak terhad kepada aspek makanan dan minuman sahaja tetapi diaplikasikan juga dalam segala aspek kehidupan yang lain dengan ungkapan yang selalu diungkapkan iaitu halalan toyyiban. Al-Mizan Konsep, Prinsip & Aplikasinya bagi Kelestarian Ummah Azman Ab. Rahman & Mahazan Abdul Mutalib@Taib Keseimbangan dan keadilan dilihat sebagai elemen- elemen penting yang sentiasa wujud dalam setiap pensyariatan yang ditetapkan oleh Allah di muka bumi ini. Terdapat banyak petunjuk daripada al-Quran mahupun hadis yang menegaskan kepentingan mencari kseimbangan dan keadilan dalam setiap perkara yang dilakukan. Buku ini ditulis untuk membincangkan dan memperkenalkan Al-Mizan dari sudut konsep, prinsip dan aplikasinya bagi menjamin kesejahteraan manusia keseluruhannya. Al-Mizan juga amat berkait rapat dengan penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta yang dapat difahami melalui ilmu Maqasid Syariah. Kelima-lima tunjang Maqasid Syariah ini perlu diseimbangkan penjagaannya secara adil tanpa mengabaikan aspek-aspek lain yang dinyatakan. Forensik Halal Perspektif Sains, Syariah & Perniagaan Mohd Sukri Hassan Buku Forensik Halal: Perspektif Sains, Syariah dan Perniagaan ini adalah hasil tulisan oleh pakar-pakar dalam bidang Kimia Forensik, Syariah dan Ekonomi. Buku ini adalah yang pertama membincangkan tajuk Forensik Halal yang diterbitkan di Malaysia dan juga di dunia. Topik menarik yang dibincangkan dalam buku ini seperti Forensik Halal, Teknik Forensik Halal; Kosmetik dan Dandanan Diri Halal; Hukum Syariah berkaitan Halal serta Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan Halal. Selain itu, topik mengenai perbezaan mazhab, standard, akta dan undang- undang berkaitan halal turut dibincangkan. Forensik Halal adalah suatu bidang baharu yang amat penting untuk diketahui dan amat sesuai dibaca oleh warga industri halal, penyelidik, pelajar dan juga untuk rujukan umum. Ta'lim Maharah Al-Kalam Bi Lughah Al- Arabiyah Lil Natiqin bighairiha: Asar Istikhdam Al-Tariqah Al-Mubasyarah Rohaizaf Mizani Mat Zain, Rosni Samah & Azlan Shaiful Baharum Buku ini merupakan intergrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam bidang pengajaran bahasa. Ia menggabungkan pandangan Ibnu Khaldun dan pandangan sarjana barat dalam bidang pengajaran bahasa. Turut digunakan kuasi eksperimen yang berteraskan teori pembelajaran bahasa “ulang dan ajuk” yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun. Ia berkisar tentang sejauh manakah aplikasi Kaedah Terus yang diutarakan oleh sarjana barat bersesuaian dengan pendapat Ibnu Khaldun tentang pengajaran bahasa Arab untuk pelajar bukan penutur jati di peringkat asas bagi mengenal pasti ciri-ciri, teknik- teknik aplikasi Kaedah Terus dalam pengajaran bahasa Arab. Analisis ujian-t digunakan untuk membandingkan skor-skor min antara ujian-ujian yang dijalankan ke atas kedua-dua sampel kajian. Buku Penyelidikan 2018 42 IBTIKAR

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=