IBTIKAR USIM | DISEMBER 2018

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah sekalian pujian dan syukur kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta Alam, yang menjadikan manusia saling bergantungan dalam meneruskan kehidupan. Berkat pertolongan dan taufik dari Allah SWT, sehingga dapat menerbitkan IBTIKAR yang penuh inspirasi dan informatif. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua anggota redaksi yang telah bekerja keras dalam menghasilkan buletin ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah membantu dan menghulurkan cadangan dan juga komen yang membina sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah SWT tetap melindungi dan memberkati segala usaha yang dicurahkan dalam penerbitan IBTIKAR edisi kali ini. Peranan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ialah memperkasakan aktiviti penyelidikan ke arah melahirkan para cendekiawan yang tersohor dan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi. Ia juga bertujuan memupuk kesedaran dan penglibatan kakitangan akademik USIM di dalam bidang penyelidikan yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. Pelan Strategik Universiti Sains Islam Malaysia 2016-2025 melalui Teras 4 ialah penyelidikan dan inovasi yang relevan kepada industri dan kesejahteraan ummah berasaskan pematuhan syariah. Selain itu, pelan tersebut turut menekankan aspek peningkatan kualiti penyelidikan berstatus pakar dan diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa. Ini selari dengan pelan halatuju USIM untuk muncul sebagai universiti rujukan global dan serantau yang berteraskan integrasi ilmu Naqli (bersumberkan Al-Quran) dan Aqli (bersumberkan akal). Pelan Strategik USIM juga dijajarkan supaya selari dan menyokong 10 lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), PPPM (PT). PPPI USIM berhasrat menjadikan penyelidikan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), melalui lonjakan 2, 7 dan 8. Lonjakan kedua PPPM (PT) ialah mengenai talent excellence (kecemerlangan bakat) di mana PPPI USIM perlu mengurus bakat dalam penyelidikan dan penerbitan USIM dengan cemerlang. Lonjakan ketujuh PPPM (PT) ialah Innovative Ecosystem di mana USIM perlu bergerak kepada quadruple helix ahli akademik, industri, kerajaan dan ahli masyarakat setempat dalam menghasilkan hubungan jaringan penyelidikan dan inovasi. Lonjakan kelapan PPPM (PT) ialah berkaitan dengan keunggulan global di mana USIM perlu meningkatkan kualiti penyelidik berstatus pakar rujuk dan diiktiraf diperingkat tempatan dan antarabangsa. Saya amat berharap semua warga USIM menyokong penuh peranan PPPI USIM melalui Teras 4 Pelan Strategik USIM 2018-2025 dalam memperkasakan aktiviti penyelidikan yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa dalam usaha mencapai lonjakan 2, 7 dan 8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi). Terima kasih. YBrs. Profesor Madya Dr. Mahazan Abd Mutalib@Taib Ketua Editor Ibtikar Merangkap Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI) Universiti Sains Islam Malaysia Kata Pengantar Pengarah 5 BULETIN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=