IBTIKAR USIM | DISEMBER 2018
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) di Universiti Sains Islam Malaysia berperanan sebagai regulator atau pengawal kepada penyelidikan yang dilakukan di universiti. Pada masa yang sama, PPPI juga berperanan untuk memastikan setiap penyelidikan yang dijalankan memiliki impak dan menyerlahkan sumbangan USIM kepada masyarakat. Regulator ini memainkan peranan penting kerana di peringkat awal penyelidikan di USIM, tiada regulator atau badan pemantau khusus yang ditetapkan. Hari ini, PPPI membawa amanah memastikan cadangan penyelidikan di USIM seiring dengan hala tuju universiti. Selain itu, PPPI juga memantau impak sesebuah penyelidikan yang dijalankan. Impak yang diraikan USIM ialah hasil penyelidikan yang berjaya diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi dan pengkomersialan hasil penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Memanfaatkan hasil penyelidikan Hasil penyelidikan USIM sudah mula dimanfaatkan oleh masyarakat umum. Namun bagi meningkatkan keterlihatan USIM, jumlah penyelidikan perlu ditingkatkan supaya USIM dan produknya dikenali oleh masyarakat umum. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah universiti yang baharu berusia 18 tahun, USIM berjaya menunjukkan pencapaian cemerlang melalui pelbagai pengiktirafan. Hasil penyelidikan berimpak seperti Global Zakat Game oleh Prof Madya Dr Azman Abdul Rahman dan Muamalat Interactive Game oleh Dr. Syahidawati Hj Shahwan yang mendapat banyak pengiktirafan dan anugerah di dalam dan luar negara. Walaubagaimanapun, USIM perlu tingkatkan interaksi dengan masyarakat supaya hasil kajian memberi manfaat yang lebih luas kepada ahli masyarakat. Selain itu, kejayaan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB) yang baru menerima akreditasi dan mendapat pengiktirafan peringkat dunia wajar dibanggakan. Ini kerana, Rumah Mizan (Mizan Home) iaitu rumah lestari memenangi “People Choice Award” sempena pertandingan Solar Decathlon di Dubai. Menerusi pengiktirafan ini, USIM satu-satunya universiti yang terpilih di Asia Tenggara dalam pertandingan ini dan ini membuktikan bahawa USIM mampu berdiri sama tinggi dengan universiti antarabangsa yang lain. Manakala, dalam program London British Invention Show , USIM juga meraih pelbagai kemenangan dan anugerah setiap kali menyertai pertandingan tersebut. Pengiktirafan ini memberi impak terhadap produk dan hasil penyelidikan yang berbentuk Integrasi Naqli dan Aqli (INAQ). ‘Referred, Relevant and Respected’ Tagline ini amat bersesuaian dengan USIM sebagai sebuah universiti Islam yang mensasarkan USIM menjadi rujukan pendekatan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli di peringkat nusantara dan global menjelang 2025. Untuk “referred”, USIM perlu mempunyai keunikan tersendiri berbanding universiti terkenal, supaya akan menjadi rujukan kepada ahli masyarakat. Penyelidikan Sebagai Jadi peranan PPPI ini adalah sangat penting untuk memastikan hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik universiti mempunyai nilai, berkualiti dan berimpak. Selain itu, ia memberi peluang kepada USIM menuju ke satu aras yang lebih tinggi dengan memperjuangkan visi dan misi USIM iaitu mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli” “ MESEJ NAIB CANSELOR USIM Ke Arah Keberkatan Ilmu Arena Pengintegrasian Ilmu Naqli dan Aqli 6 IBTIKAR
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=