IBTIKAR USIM | DISEMBER 2018

Dalam hal ini, pendekatan integrasi ilmu itu sendiri adalah antara kekuatan USIM. Ini jelas apabila Naib Canselor sebuah universiti Katolik di Filipina menyatakan minat untuk mengaplikasikan pendekatan ini kepada pelajar mereka yang 90 peratus bukan beragama Islam. Hanya setelah USIM dirujuk, maka ia boleh menjadi relevan kepada semua. Untuk memastikan USIM kekal relevan bukan sahaja dalam bentuk penyelidikan yang dilakukan, tetapi juga secara keseluruhan, yang mana kita perlu proaktif dengan melihat semula kepada Pelan Strategik Universiti dan mengambil kira kajian masa hadapan USIM, Revolusi Industri 4.0, malah Revolusi 5.0 yang menjadi tajuk perbincangan hangat di Jepun. Melalui pendekatan ini, maka USIM boleh menjadi sebuah universiti yang dihormati dan disegani. Cabaran pendekatan integrasi Ilmu Naqli dan Aqli Cabaran bagi menjayakan pendekatan ini terletak di tangan warga USIM sendiri. Hal ini kerana, terdapat sebahagian dari kita yang tidak begitu menghargai apa yang USIM sedang laksanakan. Pendekatan integrasi INAQ ini misalnya lebih dihargai oleh cerdik pandai dari luar, mungkin juga kerana pemahaman dan pendapat yang berbeza, maka mereka melihat pendekatan integrasi ilmu ini sesuatu yang baharu dan meyakinkan. Di peringkat USIM, mendapatkan kefahaman yang seragam adalah cabaran yang sebenar. Masih ada kekeliruan tentang pendekatan ini dan ada juga yang mempunyai kefahaman berbeza daripada yang disarankan Universiti. Dalam hal ini, PPPI USIM juga perlu menggerakkan integrasi INAQ dengan menyemarakkan lagi hasil penyelidikan yang berkaitan dengan INAQ. Ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada pemahaman INAQ kepada masyarakat. Selain itu, untuk menyemarakkan pemahaman tentang INAQ, pameran tentang pendekatan ini juga boleh dianjurkan untuk memberi kefahaman kepada orang ramai di samping berkongsi kisah kejayaan USIM dengan masyarakat luar. Terima kasih. YBhg. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia Global Zakat Game Muamalat Interactive Game MIZAN Home London British Invention Show 7 BULETIN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=