IBTIKAR USIM | DISEMBER 2018

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan YBhg. Profesor Dato’ Dr. Roshada Hashim ang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Roshada Hashim dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Disember 2016. Lantikan ini menjadikan beliau sangat bermotivasi untuk menggerakkan penyelidikan dan inovasi di USIM ke peringkat yang lebih tinggi. Wawasan beliau sangat jelas dan yakin bahawa USIM mempunyai potensi menjadi sebuah universiti yang terkenal dalam penyelidikan dan inovasi di dalam dan luar negara. Ikuti temubual ringkas bersama beliau. Pada pendapat Dato’, apakah keunikan dan potensi yang ada dalam bidang penyelidikan USIM? Di USIM, kita berupaya menjalankan translational research iaitu penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti dan masyarakat yang mempunyai nilai tersendiri melalui integrasi Ilmu Naqli dan Aqli yang memenuhi syariah Islam. Kekangan kita, dalam pada itu, adalah kaedah untuk menggerakkan penyelidik USIM untuk berfikir dan bergerak ke arah penyelidikan sebegini. Penyelidikan perlu dilihat sebagai satu bentuk nilai yang boleh membawa kepada perubahan. Kerana itu, projek-projek penyelidikan yang dilancarkan hari ini sentiasa berpaksikan maqasid syariah dan kelima-lima elemen dalam maqasid syariah dijadikan asas penyelidikan di USIM. Di sinilah keberkatan dapat dirasai dengan melihat pembangunan komuniti dan hasil penyelidikan dapat menyumbang kepada pembangunan selain memberi kepuasan kepada para penyelidik. Apakah strategi Dato’ untuk membina/memastikan kualiti hasil penyelidikan di USIM agar ianya dapat memberi impak dan kekal relevan di peringkat tempatan dan antarabangsa? Semuanya bermula di peringkat awal lagi, iaitu di peringkat apabila kertas cadangan penyelidikan mula ditulis. Dari semasa ke semasa, panel-panel terkemuka yang berpengalaman luas dalam proses melengkapkan kertas cadangan dijemput oleh universiti untuk membantu penyelidik menghasilkan kertas cadangan yang berkualiti. Kertas cadangan penyelidikan yang dihasilkan ini kemudiannya akan dipastikan melalui proses penilaian dalaman untuk penambahbaikan kualiti kertas cadangan supaya hasil penyelidikan yang bakal dihasilkan berupaya memberi impak dan kekal relevan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Pemantauan berkala kemajuan setiap projek penyelidikan juga dibuat bagi memastikan penyelidikan berjalan lancar dan setiap hasil penyelidikan menghasilkan ‘output’ dan impak yang dihajati. Pelbagai inisiatif lain juga diwujudkan seperti mewujudkan kumpulan - kumpulan penyelidikan yang berfokus ke arah menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi di peringkat tempatan mahupun di peringkat antarabangsa. Sejauh manakah Dato’ melihat USIM mampu menangkis cabaran (ketidaktentuan ekonomi, risiko, politik, perubahan sosial, ketidakseimbangan masyarakat dan alam sekitar) menerusi kajian yang dihasilkan oleh penyelidik USIM? Saya percaya, dengan sokongan dan dokongan penyelidik-penyelidik USIM yang berwibawa, kita mampu menangkis cabaran yang disebutkan. Dengan pelbagai kepakaran yang ada seperti bidang kepakaran yang berkaitan dengan Orang Kelainan Upaya (OKU), industri halal, kewangan Islam, Sains dan Teknologi, dan lain-lain, kita akan mampu memacu masyarakat ke tahap yang lebih baik. Ini dibuktikan dengan pelbagai geran penyelidikan yang dianugerahkan kepada USIM oleh bukan sahaja badan-badan - Y 8 IBTIKAR & Inovasi

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=