IBTIKAR USIM | DISEMBER 2018

kerajaan, bahkan juga daripada institusi- institusi swasta seperti Majlis Agama Islam, Bank Rakyat dan lain-lain yang menunjukkan kepercayaan tinggi pihak luar terhadap keupayaan penyelidik USIM. Apakah Dato’ merasakan aspek perkomersialan dalam penyelidikan dapat menjana pendapatan? Projek penyelidikan dan inovasi dapat menyumbang kepada penjanaan kewangan. “Wang akan menghasilkan wang”, kerana jika kita melaburkan dana yang mencukupi untuk sesuatu projek yang mantap, ianya pastilah pelaburan yang berbaloi. Kita faham bahawa proses pembangunan penyelidikan memerlukan dana yang besar untuk mencapai tahap pengkomersialan, tetapi itu tidak mustahil dicapai. Untuk itu, USIM perlu memperkukuh perundingan dengan menghasilkan lebih banyak penyelidikan yang bermutu tinggi. Dalam masa yang terdekat ini, dari segi penjanaan kewangan, USIM lebih menumpukan kepada usaha perundingan termasuklah menganjurkan pelbagai latihan dengan kepakaran yang kita ada. Apakah isu dan cabaran USIM untuk memastikan objektif penyelidikan USIM tercapai? 75 peratus pensyarah kita adalah pensyarah muda dan mereka sangat bersemangat dan bermotivasi untuk membuat penyelidikan tetapi mereka mempunyai kekangan dana. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai pengalaman yang banyak untuk mendapatkan geran-geran yang besar. USIM juga tidak mempunyai ramai profesor yang boleh menjadi mentor kepada pensyarah-pensyarah muda. Itulah cabarannya dan kami masih memikirkan cara untuk menangani isu ini, antaranya ialah dengan pemerkasaan peranan golongan profesor di universiti ini. Cabaran paling besar kita adalah bukan sahaja untuk meyakinkan universiti-universiti tetapi juga institusi-institusi luar negara seperti UNESCO bahawa penyelidikan di USIM bukan hanya untuk memanfaatkan umat Islam tetapi releven kepada semua. Dalam masa yang sama, cabaran kita juga adalah untuk mempromosikan penyelidikan dalam perspektif Islam dan produk berunsur Islamik. Apakah harapan Dato’ kepada PPPI secara khusus dan seluruh warga USIM (terutama ahli akademik) untuk meningkatkan kualiti penyelidikan di USIM yang boleh membantu transformasi masyarakat dan global? Harapan saya ialah supaya pensyarah kita memainkan peranan sebagai ahli akademik di universiti dengan sebaiknya. Ini kerana di sesebuah universitilah, ilmu dijana dan disampaikan. Ini kerana university is the seat of knowledge. Universiti bukan saja tempat menyebarkan pengetahuan tetapi juga tempat menjana pengetahuan dan ilmu. Malah, saya berharap supaya USIM menjadi tempat penjanaan ilmu yang berlandaskan maqasid syariah yang membawa barakah yang melimpah-limpah. INFO RINGKAS Nama Penuh: Profesor Dato’ Dr. Roshada Hashim Jawatan: Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Pendidikan: PhD, University of Salford, United Kingdom, 1986 B.Sc., University of Salford, United Kingdom, 1982 Bidang Kepakaran: Nutrisi Ikan; Pengurusan dan Strategi Pemakanan Ikan; Biokimia Analisis 9 BULETIN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=