IBTIKAR USIM | JUN 2019
B U L E T I N P E N Y E L I D I K A N D A N I N O VA S I U N I V E R S I T I S A I N S I S L A M M A L AY S I A 1 1 PENILAIAN PENARAFAN BINTANG MYRA 2020 BERDASARKAN PENCAPAIAN MYRA TAHUN 2017 DAN 2018 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya mencapai penarafan 4 Bintang dalam Penarafan Bintang Malaysia Research Assessment (MyRA) 2020 merujuk kepada pencapaian tahun 2017 dan 2018. Pencapaian ini adalah menjadi kebanggaan universiti terutamanya di dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Pada 4 September 2019, Sesi Penilaian Pencapaian MyRA Tahun 2017 & 2018 secara berpusat sesi ketiga USIM telah diadakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi bertempat di The Everly Putrajaya. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua Taskforce MyRA serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengumpulan data MyRA.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=