IBTIKAR USIM | JUN 2019

2 0 B i l . 7 J U N 2 0 1 9 Global Halal Game (GHG) merupakan produk inovasi baharu yg berkonsepkan gamifikasi islamik papan permainan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan halal dari seawal usia kanak-kanak. Bagi produk Elev8thor ia bukan sahaja berfungsi sebagai alat sokongan yang memudahkan kerja-kerja rawatan dilakukan, tetapi boleh meringankan bebanan tugas jururawat ketika memberikan rawatan kepada pesakit. Manakala produk inovasi Fast Lab: Science Educational Kit direka untuk memberi pendedahan Sains kepada kanak-kanak pada usia muda di samping menarik minat mereka terhadap Sains selain menjalani pembelajaran dalam suasana seronok dan interaktif. Tiga produk penyelidikan lain yang mendapat perak adalah Model Kerjaya AADK dalam Kalangan Pelatih AADK diketuai oleh Dr. Amin Al Haadi Shafie, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan bagi membantu pihak AADK melatih kakitangan mereka dalam melaksanakan kaunseling kerjaya kepada pelatih-pelatih di pusat pemulihan. Selain itu, produk V.i.T.A.B (Visual Impairment Tactile Audio Book) Solat diketuai oleh Mohd Nur Adzam Rasdi, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah mengetengahkan bahan bantu mengajar yang direka khas untuk proses pembelajaran solat bagi OKU Penglihatan bersama pasukan penyelidik Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dan Prof. Madya Dr. Madihah Mohd Saudi, Fakulti Sains dan Teknologi bagi produk Ezcybercrime Detection and Response Mobile Apps Prototype for Smartphone yang berfungsi mengenal pasti dan mencegah serangan jenayah siber. Ia direka sejajar dengan inspirasi Revolusi Perindustrian ke-4 untuk mengesan eksploitasi sumber (root exploitation) berdasarkan ciri pengawasan dalam telefon pintar, secara pengesanan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=