IBTIKAR USIM | JUN 2019

B U L E T I N P E N Y E L I D I K A N D A N I N O VA S I U N I V E R S I T I S A I N S I S L A M M A L AY S I A 2 3 Pensyarah penyelia pasukan pingat emas, Dr Azuan Ahmad berkata The Flicker adalah satu produk inovasi bagi sistem penghantaran data manggunakan komunikasi tanpa wayar sebagai medium komunikasi antara kapal berbanding teknologi terdahulu hanya bergantung kepada radio frekuensi dan kod morse yang dihantar melalui lampu sorot. Sementara itu, tiga produk inovasi yang mendapat gangsa tidak kurang unik ciptaannya. Pasukan pelajar FSU di bawah seliaan Dr Hendun Abd Rahman Shah mencipta produk Qalam Khat iaitu pen yang diperbuat daripada tumbuhan sejenis tumbuhan paku pakis (dicranopteris linearis) bagi menyokong usaha memelihara dan memulihara alam sekitar susulan menyedari pen sedia ada yang diperbuat daripada plastik dipakai buang begitu sahaja. Pasukan FST di bawah seliaan Dr Shikh Mohd Shahrul Nizan Shikh Zahari pula telah menghasilkan produk inovasi bercirikan mesra alam untuk mengestrak biopolimer seperti selulosa dan lignin daripada bahan buangan pertanian dengan menggunakan cecair ionik yang murah, mudah dan selamat, Penggunaannya bukan sahaja dapat mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar malah meningkatkan ekonomi negara dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Manakala produk inovasi FaST LaB:Forensic SciencesKit dibawahseliaanDrMuhammad Zamir Othman dicipta untuk memberi pendedahan Sains kepada kanak-kanak pada usia muda di samping menarik minat mereka terhadap Sains selain menjalani pembelajaran dalam suasana seronok dan interaktif. Ditubuhkanpada tahun2006, pertandingan berprestij ini telah menanamkan kepentingan penyelidikan dan inovasi di kalangan projek pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar- pelajar ini untuk menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing kepada khalayak umumnya dan kepada individu dari barisan hadapan industri khususnya. 5. USIM TANDATANGANI MOU DENGAN KURSI UNESCO, CAPAI HASRAT UNIVERSITI UNTUK MASYARAKAT Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman bagi menjayakan projek K4C (Knowledge for Change) iaitu sebuah konsortium antarabangsa untuk Penyelidikan Berasaskan Komuniti (Community based Research). Projek ini juga mendapat kerjasama dari pertubuhan masyarakat yang berkaitan iaitu Lembaga Perbadanan Kampong Bharu atau Malay Agricultural Settlement (M.A.S) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=