IBTIKAR USIM | JUN 2019

2 4 B i l . 7 J U N 2 0 1 9 Menurut Prof. Madya Dr Mahazan Abdul Mutalib selakuwakilUSIMuntukprojekK4C ini berkata, konsortium K4C ini bertujuan untuk membangunkan kapasiti sesebuah institusi dan masyarakat menerusi Program Latihan Mentor (MTP) Dan aktiviti Penyelidikan bersama komuniti. “Projek ini akan memastikan masyarakat tersebut pandai danmahirdalamkurikulum pembelajaran yang dibentuk. Ini kerana hasil utama MTP adalah untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat, membasmi kemiskinan, mengurangkan ketidaksamaan sosial dan ekonomi dan sekaligus menggalakkan kemakmuran dan kesejahteraan semua,” katanya ketika mengadakan mesyuarat pertama kali bersama semua ahli terlibat. Ini sekaligus menunjukkan USIM sedang ke arah untuk merealisasikan hasrat Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik yang ingin menjadikan Universiti sebagai platform untuk menggalakkan penglibatan bersama komuniti setempat bagi menyampaikan ilmu dan kemahiran menerusipenyelidikandiUniversiti,katanya lagi. Manakala, Hj Shamsuri Suradi yang merupakan Setiausaha Kehormat M.A.S mengulas bahawa jika projek ini dijalankan ia akan memberi banyak manfaat kepada penduduk Kg Bharu kerana penduduk di sini berpeluang untuk mempelajari ilmu baharu dengan kepelbagaian teknik pengajaran. “Apa yang saya bakal lihat nanti adalah penduduk di sini akan berpeluang untuk menikmati pendidikan walaupun bukan di Universiti atau pendidikan secara formal kerana pada akhirnya ilmu yang mereka dapat dari program ini membantu mereka mengubah gaya hidup yang lebih baik,” katanya. Saya sangat terharu dan mengalu-alukan apabila pihak USIM berhasrat untuk memilih penduduk di Kg Bharu sebagai responden dalamprogramK4C ini, katanya lagi. Di peringkat UNESCO, Projek ini akan diketuai oleh Prof. Dr Budd Hall dari Universiti of Victoria, Canada dan Dr Rajesh Tandon dari Akademi Antarabangsa PRIA, India.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=