IBTIKAR USIM | JUN 2019
B U L E T I N P E N Y E L I D I K A N D A N I N O VA S I U N I V E R S I T I S A I N S I S L A M M A L AY S I A 2 5 6. AL-JAZARI INNOVATION DIGITAL HUB Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) dalam proses pembangunan sebuah makmal penyelidikan khas dalam usaha untuk menyokong penyelidikan bertemakan kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI). Nama makmal tersebut dikenali sebagai AI Digital Innovation Hub (AIDI-Hub). Objektif hub ini ialah untuk membangunkan penyelidikan dan kemahiran di kalangan pensyarah dan pelajar USIM di dalam bidang AI dan aplikasinya. Selain itu, hub ini adalah untuk mempromosi penggunaan teknologi AI kepada industri-industri berkaitan di Negeri Sembilan dan Malaysia serta untuk bekerjasama dengan industri dan institusi penyelidikan untuk penambahbaikan dan pengkomersilan produk. Makmal AIDI-Hub akan menjadi sebuah pengurusan perisian berpusat bagi semua aktiviti-aktiviti penyelidikan berkaitan AI di USIM. Sebuah pelayan (server) adalah diperlukan sebagai infrastruktur digital yang utama. Rangkaian hendaklah dipasang supaya semua perisian yang dibina atau diguna boleh dimuat naik ke dalam pelayan. Komputer pelanggan (client) dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini dapat menjimatkan masa pemasangan perisian. Antara kursus- kursus yang ditawarkan melalui Al-Jazari ialah: i. Professional Drone Pilot Industry Tra i n i ng ii. PHP and MySQL Industry Training iii. Certified Blockchain Architect Industry Training iv. Certified Cyber Security InfoSec Analysis Industry Training 7. MALAYSIA RESEARCH ASSESSMENT (MYRA) MyRA adalah singkatan bagi Malaysian ResearchAssessment, atauistilahbahasanya Taksiran Penyelidikan Malaysia. Konsepnya adalah sama seperti Research Assessment Exercise (RAE) yang digunapakai di United Kingdom. MyRA digunakan untuk menilai kapasiti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan. MyRA merupakan instrumen untuk menaksir keupayaan penyelidikan pada peringkat institusi. Ia mengukur kecemerlangan dengan menilai jarak sesebuah IPT dari profil (tanda aras) yang ditakrifkan sebagai cemerlang bagi sebuah universiti penyelidikan di negara kita. Indikator yang digunakan di dalam MyRA® bersesuaian dengan kerangka INPUT-PROSES-OUTPUT bagi kerja penyelidikan. Dimensi INPUT terdiri daripada: i. Sumber Manusia – (pensyarah/ penyelidikan, pelajar) ii. Prasarana/Kemudahan – (makmal, kelengkapan, perpustakaan iii. Sumber Kewangan – (Geran Penyelidikan, Penyelidikan Kontrak & Perundingan, Yuran pengajian pelajar dan endowmen ) MyRA diilhamkan berdasarkan konsep yang sejajar dengan perkembangan kepentingan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan penyelidikan dalam pembangunan sosio-ekonomi kebangsaan. Dengan evolusi Negara dari ekonomi berasaskan tani keNegara industri dan seterusnya mencari kedudukannya
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=