IBTIKAR USIM | JUN 2019

2 6 B i l . 7 J U N 2 0 1 9 dalam ekonomi pengetahuan dan inovasi global, penyelidikan menjadi amat penting untuk menyokong transformasi landskap sosio-ekonomi Negara. Oleh itu, adalah satu keperluan untuk menilai agenda penyelidikan nasional dan agenda Universiti Penyelidikan dalam Pelan Strategik PengajianTinggi Negara (PSPTN). Bagi penilaian tahun 2016, USIM telah mencatat keputusan dengan penarafan 3 bintang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Audit Tapak Secara Berpusat bagi data MyRA 2017 dan 2018 telah diadakan pada 4 September 2019 di Hotel Everly, Putrajaya. USIM telah mensasarkan 4 bintang bagi pelaporan data tahun 2017 dan 2018. Penarafan ini adalah hasil komitmen tidak berbelah bagi warga Universiti khususnya Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) selaku Sekretariat MyRA yang bersama-sama berganding bahu dengan Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain dalam menyumbang kepada kejayaan pengumpulan data MyRA. 8. PERSATUAN PENGURUS DAN PENTADBIR PENYELIDIKAN MALAYSIA (MyRMA ) Persatuan Pengurus dan Pentadbir Penyelidikan Malaysia (MyRMA) adalah hasil projek Malaysian Research Management & Governance (MRMG) iaitu projek milik BPKI, KPM dengan kolaborasi bersama Universiti Malaya sebagai pelaksana projek. Projek ini ditaja oleh Newton-Ungku Omar Fund (NUOF) kelolaan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan British Council Malaysia. Pembentukan MyRMA menandakan kesediaan kita untuk meningkatkan pengurusan dan pentadbiran dalam ekosistem penyelidikan di Malaysia ke tahap professional, setaraf dengan negara maju seterusnya menyumbang terhadap peningkatan kualiti dan impak penyelidikan, serta pulangan pelaburan penyelidikan. MyRMA bertujuan menjadi platform unutuk pengurus/pentadbir penyelidikan sama ada daripada sektor awam, swasta, akademik ataupun agensi penyelidikan serta pihak pemberi dana, dapat berinteraksi, bertukar buah fikiran dan menjalankan aktiviti pertama. Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertama MyRMA telah diadakan di UTHM bersempena penganjuran PECIPTA dan dirasmikan oleh YBhg. Datuk. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi. Antara ahli PPPI yang berdaftar di bawah MyRMA ialah: i. Prof. Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib @ Taib (Juruaudit) ii. Ts. Dr. MNorazizi ShamMohd Sayuti (Ahli) iii. Prof. Madya Dr. Norsham Juliana binti Nordin (Ahli) iv. Ts. Dr. Sundresan Perumal (Ahli) v. Dr. Mohd Hafizuddin Ab Ghani (Ahli Jawatankuasa) Fungsi lantikan ini ialah bertujuan: 1. Meningkatkan pengurusan dan pentadbiran dalam penyelidikan di USIM ke tahap profesional, setaraf dengan amalan antarabangsa.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=