IBTIKAR USIM | JUN 2019

4 B i l . 7 J U N 2 0 1 9 Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulilah sekalian pujian dan syukur kepada Allah S.W.T., Tuhan Pencipta Alam, yang menjadikan manusia saling bergantungan dalam meneruskan kehidupan. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) USIM berhasrat menjadikan penyelidikan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi). Secara umumnya penyelidikan dapat ditakrifkan sebagai sesuatu kerja yang kreatif dan sistematik yang dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan, termasuk pengetahuan tentang manusia, budaya dan masyarakat, dan penggunaan pengetahuan ini untuk merangka aplikasi baru. Ia membabitkan pelbagai bentuk merentasi disiplin, termasuk penemuan penyelidikan saintifik dan sosial, penciptaan atau pembaikan konsep dan teori, teknik atau komposisi, atau memperluas pemahaman semasa melalui analisis kritikal. Sementara Inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai penciptaan serta implimentasi sama ada berbentuk proses, produk, perkhidmatan atau kaedah penyampaian yang baru, yang berupaya memberi peningkatan yang signifikan terhadap hasil, kecekapan, keberkesanan atau kualiti. Kedua-dua elemen ini amat penting untuk disatukan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat pada ketika ini. Saya berharap Majalah Ibtikar PPPI ini dapat menjadi salah satu wadah mahupun menjadi media penyalur maklumat yang berkesan kepada warga Universiti untuk mengikuti dan melihat sendiri perkembangan aktiviti penyelidikan dan inovasi ke arah merealisasikan agenda kampus barakah USIM. Sekian, terima kasih. Salam hormat, PROFESOR MADYADR. MAHAZANABDUL MUTALIB @ TAIB Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Pengarah Kata Pengantar

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=