IBTIKAR USIM | JUN 2019
B U L E T I N P E N Y E L I D I K A N D A N I N O VA S I U N I V E R S I T I S A I N S I S L A M M A L AY S I A 5 Bismillahirrahmannirahim Assalamu’alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan kurniaNya , Majalah Ibtikar tahun 2019 berjaya diterbitkan. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPi) yang bertungkus- lumus dalam menjayakan penerbitan ini walaupun negara sedang dilanda wabak COVID-19. Semoga usaha dan komitmen yang diberikan dalam menerbitkan majalah ini diberkati oleh Allah SWT. Penyelidikan merupakan salah satu teras utama dalam membentuk kecemerlangan universiti. Usaha-usaha peningkatan penyelidikan dan inovasi perlu diberikan perhatian dan dijadikan amalan di kalangan kakitangan USIM. Justeru, saya ingin menyeru supaya para kakitangan USIM menggunakan peluang keemasan yang ada ini dengan membina kecemerlangan di dalam bidang penyelidikan dan inovasi tanpa mengenal erti jemu. Tambahan, kita mensasarkan untuk mendapat pengiktirafan yang tinggi menjelang tahun 2022 khususnya dalamaspek penyelidikan. Universiti perlu memantau strategi penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh semua pihak pada setiap tahun dalam memastikanberlakunyapeningkatanaspek penyelidikan merangkumi penerbitan, pencapaian dana penyelidikan, produk dan inovasi. Oleh itu, tanggungjawab ini akan dilihat dan telah dijadikan sebagai teras strategik dalam mencapai Misi USIM 2022. Aspek penyelidikan boleh berjaya jika kita menjalinkan kerjasama tanpa mengira bidang bagi menjadikan penyelidikan itu berimpak. Kerjasama sesama Muslim amat penting dalam meningkatkan produktiviti kerana Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Nasai yang bermaksud: “Orang mukmin itu bagi mukmin lainnya seperti bangunan, sebagiannya menguatkan sebagian yang lain. Kemudian Rasulullah SAW menggabungkan jari-jari tangannya di mana ketika itu baginda duduk dan tiba-tiba didatangi seorang lelaki meminta bantuan. Rasulullah SAW hadapkan wajahnya kepada kami dan bersabda: Tolonglah dia, maka kamu akan mendapatkan pahala. Dan Allah menetapkan lewat lisan Nabi-Nya apa yang dikehendaki.” Akhir kalam, USIMberhasrat untuk menjadi Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi menjelang tahun 2022. Justeru, saya menyeru agar semua kakitangan USIM meningkatkan kreativiti penyelidikan dan inovasi untuk merealisasikan visi, misi dan objektif USIM. Sekian, terima kasih. Salam hormat, PROFESOR DR. MOHAMED RIDZA WAHIDDIN Naib Canselor Naib Canselor Aluan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=