IBTIKAR USIM | JUN 2019
6 B i l . 7 J U N 2 0 1 9 1. BagaimanaYBhg. Prof. melihat pelantikan ini dalamperjalanan kerjaya Prof. apabila diberi kepercayaan menggalas portfolio ini? Alhamdulillah, sebelum diberi kepercayaan menggalas portfolio ini saya mempunyai pengalaman dalam menguruskan hal ehwal penyelidikan dan inovasi ini selama 10 tahun. Selain itu, saya juga merupakan taskforce kepada penyediaan penilaian Malaysia Research Assessment (MyRA) dan Higher Institution Centre of Excellence (Hi-COE) serta jawatankuasa lain di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melihat kepada pembangunan dan kemajuan penyelidikan negara. Dengan berbekalkan pengalaman dan pengetahuan ini InsyaAllah saya akan gunakan sebaik mungkin untuk meletakkan penyelidikan USIM ke satu tahap yang boleh kita banggakan. 2. Apakah keunikan dan potensi yang ada pada bidang penyelidikan USIM? · Translational research – penyelidikan yang berimpak dan boleh dimanfaatkan oleh komuniti dan masyarakat yang mempunyai nilai tersendiri melalui integrasi ilmu naqli dan aqli. · Berupaya memenuhi lima prinsip Maqasid Syariah. · Penyelidikan yang boleh membawa kepada satu perubahan dan penambahbaikan kepada komuniti dan ummah setempat. · Kekuatan dalam bidang halal dan fatwa 3. Apakah isu dan cabaran kepada USIM untuk memastikan objektif penyelidikan USIM tercapai? · kekangan dana. · kekurangan pengalaman (majoriti penyelidik di USIM adalah dari kalangan pensyarah muda). · kekurangan profesor yang boleh menjadi mentor (perlu perkasa profesor). · kurang dalam mempromosikan penyelidikan dan inovasi. TNCPI Ucapan Alu-Aluan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=