SISTEM Al-BAHTIYYAH

1. Pengenalan

Sistem Al-Bahthiyyah merupakan Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Persidangan yang dibangunkan pada tahun 2004 bagi membantu Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi merekodkan dan menguruskan maklumat Penyelidikan & Persidangan yang dijalankan oleh kakitangan akademik USIM.

Sistem ini merangkumi modul Penyelidikan, Persidangan, Pembantu Penyelidik, Harta Intelek dan Pengkomersialan serta beberapa submodul yang ditambahbaik mengikut keperluan semasa pengguna. Sistem ini dapat membantu dalam melicinkan proses permohonan dan dapat memantau tahap kemajuan penyelidikan yang sedang dijalankan di USIM.

2. Objektif/Kebaikan

Menyediakan Sistem Maklumat Penyelidikan dan Persidangan yang memenuhi keperluan USIM khasnya dan kerajaan amnya dengan keupayaan-keupayaan berikut:

  1. Menyimpan maklumat penyelidikan, persidangan, pembantu penyelidik, harta intelek dan pengkomersialan dengan cara yang lebih berkesan dan selamat
  2. Melicinkan tugas-tugas pentadbiran yang berkaitan dengan penyelidikan, persidangan, pembantu penyelidik, harta intelek dan pengkomersialan
  • Memudah dan mempercepatkan capaian maklumat penyelidikan dan persidangan dari mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa
  1. Menyediakan laporan dengan cepat dan tepat kepada pihak pengguna samada di dalam ataupun di luar.
  2. Mengautomasi fungsi-fungsi tertentu dalam pentadbiran bagi memudahkan urusan kerja agar lebih efesyien dan efektif.
  3. Membekalkan maklumat staf kepada lain-lain sistem untuk menyokong keperluan maklumat pihak pengguna dalam konteks kesepaduan sistem maklumat pengurusan universiti.
  • Menyediakan data bagi keperluan Sistem Mymohes, Sistem MyRA (KPT) dan Sistem E-Prestasi bagi tujuan penilaian prestasi bagi kakitangan akademik

3. Kumpulan Sasaran

Kumpulan pengguna Sistem Al-Bahtiyyah ini terbahagi kepada 2 iaitu melibatkan Staf Pusat Pengurusan Penyelidikan dan staf akademik.

4. Skop Sistem

Skop sistem ini meliputi pengurusan semua rekod-rekod penyelidikan, persidangan, pembantu penyelidik, harta intelek dan pengkomersialan pensyarah di USIM. Sistem ini juga menjadi platform untuk menyediakan data kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk Sistem MyMohes dan Sistem MyRA. Selain itu, Sistem ini juga menyediakan data untuk tujuan penilaian prestasi staf akademik kepada Sistem E-Prestasi.

5. Tempoh pelaksanaan

Sistem Al-Bahtiyyah adalah merupakan salah satu daripada Sistem Maklumat Universiti yang telah dibangunkan dari tahun 2004 sehingga 2006. Manakala proses penambahbaikan sistem dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan pengguna iaitu Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi.

6. Implikasi Kos

Kos pembangunan Sistem Al-Bahtiyyah yang sedia ada termasuk dalam kos pembangunan Sistem Maklumat Universiti dari tahun 2004 sehingga 2006. Manakala kos penambahbaikan Sistem Al-Bahtiyyah tidak melibatkan sebarang kos kerana dibuat secara in-house.

7. Penutup

Dengan adanya Sistem Al-Bahtiyyah, maklumat penyelidikan, persidangan, pembantu penyelidik, harta intelek dan pengkomersialan bagi setiap staf akademik dapat disimpan secara elektronik. Maklumat yang disimpan ini boleh digunakan bagi tujuan penilaian prestasi staf akademik serta proses membekalkan data kepada pihak KPT.