IBTIKAR USIM | BIL. 5

B u l e t i n P e n y e l i d i k a n d a n I n o v a s i U S I M 1 7 Disediakan oleh : Azmi Jamil P E NGANU G E RAHAN DAN P E L ANC ARAN I ND E KS SYAR I AH MA L AYS I A PUTRAJAYA - 19 Januari 2016: USIM telah mengorak langkah menerajui dalam penghasilan penyelidikan dan inovasi yang relevan kepada industri dan kesejahteraan ummah berasaskan pematuhan syariah. Usaha ini selaras dengan hala tuju USIM untuk meningkatkan kualiti penyelidikan berstatus pakar rujuk dan diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sejajar dengan hasrat itu, USIM telah dipilih antara enam universiti awam lain untuk menganggotai Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia yang dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin. Antara tugas jawatankuasa ini adalah untuk menghasilkan kerangka model indeks syariah yang menepati matlamat pengukuran indeks syariah itu. Majlis penganugerahan ini telah diadakan pada 19 Januari 2016 bertempat di Dewan Bankuet Seri Perdana, Putrajaya. USIM telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Zairina Abd Rahman yang menerima pelantikan yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia; Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak. Majlis ini turut dihadiri Naib Canselor USIM; Prof. Dato’ Dr Musa Ahmad dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); Prof. Dato’ Dr. Mustafa Hanefah. Idea dan cetusan awal pembangunan Indeks Syariah Malaysia ini diilhamkan oleh Perdana Menteri sendiri. Ia sebagai mekanisme bagi memperbaiki dan menambah baik program untuk kesejahteraan rakyat yang mencakupi lapan bidang utama iaitu perundangan, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana serta sosial. b e r i t a

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=