IBTIKAR USIM | BIL. 5
I B i l 5 I J u n e 2 0 1 6 1 8 Disediakan oleh : Razman Ibrahim I S FA TWA 2 0 1 6 : L ON J AKAN I N FAD S E BA GA I P U S A T RU J UKAN FA TWA S E RAN TAU USIM, 18-19 Mei 2016 – Selaras dengan agenda USIM yang menyasarkan untukmenjadi rujukan di peringkat serantau pada tahun 2016, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) mengorak langkah menganjurkan Seminar Fatwa Antarabangsa (ISFATWA 2016). Bertempat di Kompleks Permata Insan USIM, ISFATWA 2016 yang bertemakan “Mendidik Ummah dengan Fatwa” ini bukan hanya sebagai medan perkongsian pintar dan dialog intelektual para cendekiawan Islam, malah ia turut mengangkat kedudukan dan peranan fatwa sebagai sumber rujukan dan panduan perundangan hukum Islam, bahkan tujuan lebih besar untuk mendidik masyarakat dan ummah berpegang kepada akidah serta kefahaman Islam yang benar lagi jelas. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin pada sesi ucaptama amat menyokong penganjuran seminar fatwa seperti ini kerana merupakan medan yang tepat untuk membahaskan pandangan fatwa dan hukum Islam yang klasik dan moden secara lebih ilmiah. Bahkan, ia turut menjadi input berguna sebagai rujukan kepada ahli akademik dan penyelidik universiti serta pihak yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran fatwa. Pandangan ini turut disokong oleh Sheikh Muhammad Muhammad `Awwamah, Penyandang Kursi Felo Utama dalam Kajian Fatwa INFAD yang turut menyampaikan ucaptama di seminar berkenaan. Kedua-dua sesi ucaptama menyentuh kepentingan aliran mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) sebagai pegangan umat Islam, bahkan lebih penting lagi ia menjadi garis panduan penting dalam proses penetapan dan pengeluaran fatwa serta perundangan hukum Islam. Fahaman ASWJ terbukti berjaya menyatukan umat serta mengelakkan umat Islam daripada berlaku perpecahan serta pemikiran melampau, sesat dan sebagainya. ISFATWA 2016 ini dihadiri oleh seramai 150 orang peserta serta menampilkan 96 orang pembentang kertas kerja dari dalam negara, Asia Tenggara serta Timur Tengah dan Afrika. Prof. Madya Dr. Irwan Mohd Subri, Pengarah INFAD merangkap Pengarah ISFATWA 2016 mengharapkan seminar ini menjadi titik tolak dan langkah masa hadapan INFAD untuk membina jaringan yang lebih luas dan hubungan strategik yang mantap bersama tokoh, organisasi dan institusi fatwa bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat serantau dan dunia. b e r i t a
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=