IBTIKAR USIM | BIL. 5
B u l e t i n P e n y e l i d i k a n d a n I n o v a s i U S I M 1 9 Disediakan oleh : Khairunnisa Ismail K E T UA P O L I S N E GARA S E BA GA I C e O@FA C U LT Y P R O G RAMME ( C F P ) K E DUA U S I M KUALA LUMPUR, 21 Jun 2016 - Pihak USIM bersama delegasi yang telah diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Polis Negara bagi menyampaikan watikah pelantikan CeO Faculty Programme (CFP) kepada Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar. Kunjungan kali pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ini bertujuan untuk melantik Ketua Polis Negara (KPN) sebagai Profesor Adjung Kebangsaan (CeO@Faculty Programme) di Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) sempena CeO@Faculty Programme (CFP) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Program ini akan menggarap kepakaran dan pengalaman daripada pemain industri terpilih untuk memberi ceramah dan menyampaikan pengetahuan kepada warga universiti secara menyeluruh, terus dan komprehensif. Program ini telah mula dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada 7 April 2015. Sepanjang sesi pertemuan berlangsung, pihak USIM telah membentangkan maklumat berkaitan USIM dan keseluruhan perancangan program berdasarkan lantikan. Pihak Tan Sri KPN telah berbesar hati menerima pelantikan tersebut dan tempoh pelantikan beliau adalah selama satu tahun. Beberapa perancangan program telah digariskan sepanjang pelantikan beliau di USIM seperti syarahan umum, forum, seminar, kursus dan pengajaran bagi subjek dalam bidang kepakaran di peringkat prasiswazah dan/atau pascasiswazah. Pelantikan Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar yang mempunyai pengalaman sebagai seorang pegawai kanan polis yang pernah berkhidmat dalam bahagian antidadah dan narkotik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat bersesuaian untuk membantu pihak ACREDA amnya dalam menjalankan kajian, seminar dan aktiviti berkaitan penyalahgunaan dadah. b e r i t a
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=