IBTIKAR USIM | BIL. 5

B u l e t i n P e n y e l i d i k a n d a n I n o v a s i U S I M 2 5 MOD E L I ND E KS P E N E N T UAN HAD T EMP OH MUA L A F Main Researcher Prof. Madya Dr. Azman Ab Rahman Area Of Expertise • Syariah (Fiqh dan Usul Fiqh) • Zakat dan Muamalat • Fiqh Semasa dan Fatwa Professional Affliations • Ph.D UIAM 2010 • Diploma Penterjemahan Profesional, Dewan Bahasa dan Pustaka Serta • Persatuan Penterjemah Malaysia 2005 • Sarjana UIAM 2003 • Sarjana Muda Al al-Bayt University, Mafraq, Jordan 2000 Abstract Statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia pada tahun 2012 menunjukkan peningkatan kadar pemelukan agama Islam seramai 76, 663 orang di antara tahun 2002 sehingga tahun 2009, sekaligus membuktikan penerimaan yang baikterhadap agama Islam daripada golongan bukan Islam. Mereka yang baru memeluk agama Islam ini secara urufnya digelar sebagai mualaf dan mempunyai hak dalam saham zakat. Namun, persoalan timbul berkaitan penentuan had tempoh panggil mualaf yang tidak seragam antara negeri di Malaysia khususnya dari sudut kerelevanan panggilan mualaf yang masih digunakan kepada golongan mualaf yang sudah puluhan tahun memeluk agama Islam. Perbezaan had tempoh panggilan mualaf turut memberi impak kepada agihan zakat kepada mualaf. Objektif inovasi Model Indeks Penentuan Had Tempoh Mualafdibangunkan sebagai pengukuran penentuan had tempoh mualaf di Malaysia. Model ini akanmenjadi indikator untuk mengenalpasti dan menetapkan had tempoh panggilan mualaf yang sesuai mengikut realiti semasa di Malaysia. Penentuan tempoh mualaf selama lapan tahun berasaskan tempoh peralihan seseorang individu daripada umur mumayyiz sehingga baligh merupakan ciri dan keistimewaan model ini. Penentuan tempoh sehingga lapan tahun (8) tersebut akan diukur berdasarkan modul pengajaran dan pembelajaran mualaf yang digunapakai olehJabatan Agama Islam Negeri. Implikasi hasil inovasi ini dapat membantu pihak berwajib dalam penentuan had tempoh mualaf berdasarkan tahap kefahaman, pengukuhan dan kemantapan mengenai Islam. Di samping membantu institusi zakat di Malaysia dalam penentuan dasar agihan zakat kepada mualaf. Co-Researcher: En. Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Dr. Mahazan Abdul Mutalib Prof. Madya Dr. Irwan Mohd Subri, Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin, Dr. Rose Irnawaty Ibrahim, Cik Norlina Ismail r e s e ar ch p r odu c t

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=