Program Adjunct Professor Talk yang berjudul Potential Innovation to Fight Covid-19 Pandemic yang telah diadakan pada 27 Ogos 2020. Program ini telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Uda bin Hashim dari Universiti Malaysia Perlis, UniMAP.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan oleh penyelidik-penyelidik USIM bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung potensi dan peluang inovasi yang boleh diketengahkan oleh penyelidik ekoran daripada pendamik covid19 yang telah melanda negara dan juga diperingkat global. Input dan cadangan inovasi yang dikemukakan oleh YBhg. Prof. dapat membuka minda penyelidik yang telah menyertai program tersebut berhubung peluang-peluang berinovasi yang boleh diterokai.