BATU PAHAT, 23 Sept 2019 – Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2019 (PECIPTA’19) menyaksikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya membawa pulang 6 emas, 6 perak dan termasuk 2 Anugerah Khas.

Anugerah Khas tersebut ialah Top Winner Fundamental bagi produk NAISSE: One Stop Integrated Repository Cross Lingual Semantic Information Retreival on Prophetic Food diketuai oleh Profesor Dr. Norita Md Norwawi dan juga Top Winner Innovation melalui produk Gamifikasi Global Halal Game (GHG) dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Azman Ab. Rahman. Kedua-dua produk ini juga memenangi pingat emas di PECIPTA 2019.

Secara keseluruhan, USIM telah menghantar 12 produk berpotensi tinggi yang melalui proses saringan dan pemilihan yang ketat. Sementara itu, empat produk lain yang memenangi emas ialah MyHalal2u: Halal Certification Simuation Game 2.0, FaST LaB: Science Educational Kit, V.i.T.A.B (Visual L Impairment Tactile Audio Book) Solat dan juga Model Terapi Kerjaya AADK dalam kalangan Pelatih AADK.

Selain itu,  enam produk USIM yang memenangi pingat perak ialah eZCyberCrime Detection and Response Mobile Apps for Smartphone (eZCyberCrime), Natural Disaster Reporting And Early Warning System Apps, Halal@school, Intelligence Rehabilition, The Flicker: Secure Free Space Optics Communication For Naval dan Elev8thor: Modular Limb Elevation System.

Majlis Penutup PECIPTA 2019 disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bertemakan “Innovation Beyond Imagination” telah menghimpunkan lebih 400 produk penyelidikan dan inovasi dari Universiti Awam dan Swasta, industri, agensi kerajaan dan swasta sepanjang dua hari. Sebanyak empat kategori yang dipertandingkan kepada peserta Universiti Awam (UA) dan Swasta di Malaysia dan luar negara iaitu Kategori Fundamental, Inovasi dan juga Pengkomersialan serta kategori khas bagi penyertaan pelajar sekolah menengah iaitu STEM Young Inventor.

Disediakan oleh:
Siti Hana Sarbini
Penolong Pendaftar Kanan
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Dikemaskini oleh :
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan