NILAI, 28 APRIL 2026 – Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI) USIM telah berbesar hati menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada delegasi Universiti Islam Selangor (UIS) pada 28 April 2026 (Selasa) yang lalu.

Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik khususnya dalam memperkukuh pengurusan penyelidikan, inovasi dan agenda kecemerlangan institusi. Sesi perbincangan yang berlangsung turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan secara konstruktif dalam usaha memperkasakan ekosistem penyelidikan dan inovasi di kedua-dua institusi.
Pihak PPPI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian delegasi UIS berkunjung ke USIM. Semoga jalinan hubungan strategik ini menjadi pemangkin kepada kolaborasi yang lebih erat pada masa hadapan