Permohonan pelantikan dan pembayaran pakar di bawah vot 29000 Perkhidmatan Profesional geran penyelidikan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:
Perkhidmatan oleh Individu
- Borang Pengurusan Penyelidikan PPPI
- Surat Lantikan Perkhidmatan Profesional (Tempat)
- Surat Setuju Terima Perkhidmatan Lantikan (Templat)
- Surat Selesai Tugas Profesional (Templat)
- Salinan kad pengenalan individu
- Salinan pengesahan akaun bank dan nombor akaun bank penerima
- Salinan bajet proposal yang diluluskan (vot 29000)/surat kelulusan pindah peruntukan
Perkhidmatan oleh Syarikat
- Borang Pengurusan Penyelidikan PPPI
- Invoice (sekiranya kurang RM1,000) atau sebutharga (sekiranya melebihi RM1,000)
- Salinan bajet proposal yang diluluskan (vot 29000)/surat kelulusan pindah peruntukan
- Syarikat mestilah telah berdaftar sebagai pembekal di Jabatan Bendahari
Pembayaran pendahuluan tunai oleh Ketua Penyelidik kepada individu dan kemudian Ketua Penyelidik membuat tuntutan (claim) adalah tidak dibenarkan. Semua pembayaran perlu dikemukakan kepada PPPI bagi tujuan pembayaran terus oleh Jabatan Bendahari.